Siasat kenyataan Aziz Bari boleh menghina mahkamah

>> Selasa, Februari 09, 2010

Kalau nak dikira kita pun berpandangan bahawa Nizar tidak mungkin menang kerana apa yang jelas kepada kita orang awam hujah Sultan melantik Zambry sebagai Menteri Besar bahawa beliau mnggunakan pendekatan yang sama semasa melantik Nizar.

Namun kita tetap menunggu keputusan mahkamah tetapi Aziz Bari telah membuat kenyataan media yang boleh mempengaruhi keputusan penghakiman mahkamah. Sebab itu kita minta mereka berkelayakan dalam perundangan menilai kenyataan Aziz Bari yang diterbitkan sehari sebelum keputusan penghakiman mahkamah persekutuan.

Memandangkan beliau seorang pakar undang-undang di UIA maka statement beliau seumpama itu boleh memberi kesan dan mempengaruhi hakim.

Walaupun tiada penghinaan terhadap invividu sebagaimana laporan Utusan Malaysia terhadap kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga Karpal mengusulkan hakim perbicaraan kes itu dilucut, tetapi kenyataan Aziz itu boleh mempengaruhi hakim untuk membuat keputusan disebaliknya. Apa lagi lima hakim semua sepakat menolak keputusan mahkamah tinggi dan mengisytiharkan Zambry sebagai MB sah.

Lima panel hakim diketuai Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff. Mereak yang lain ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan

Berikut adalah kenyataan beliau yang disiarkan Malaysiakini:

Perak tambah kusut jika Nizar kembali berkuasa
Hazlan Zakaria Feb 8, 104:08pm

Keadaan di Perak dijangka bertambah lebih rumit dan kusut jika keputusan Mahkamah Persekutuan esok memihak kepada menteri besar yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

"Sekiranya, mahkamah memutusakan Nizar adalah Menteri Besar yang sah, esok, keadaan di Perak akan bertambah kusut,” kata pakar perlembagaan negara, Abdul Aziz Bari (kiri).

Beliau mengulas kontroversi berhubung siapa menteri besar Perak yang sah antara Nizar dengan menteri besar sekarang ini, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Profesor undang-undang dari UIA itu menjelaskan sejak setahun lalu, Zambry banyak membuat keputusan semasa 'pemerintahan' Barisan Nasional.

“Keputusan yang memihak kepada Nizar akan menjadi keputusan-keputusan (Zambry) sebagai tidak sah,” tegasnya.

Situasi berkenaan sudah tentu akan menyaksikan keadaan yang kucar kacir di Perak dan menjejaskan keyakinan pelabur asing ke negeri itu.

Keputusan pentadbiran Zambry, termasuk pembentangan bajet negeri baru-baru ini juga akan menjadi tidak sah.

Abdul Aziz juga menolak cadangan daripada sesetengah pihak jika mahkamah membuat keputusan prospektif bagi mengatasi kesulitan berkenaan.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP