Antara Ibrahim Ali pengkhianat rakyat dan Ku Li, royalti hak rakyat Kelantan

>> Khamis, Februari 04, 2010

Anda sebagai rakyat boleh lihat perbezaan ketara sikap mereka terhadap rakyat Kelantan dimana Ahli Parlimen Pasir MAS, Ibrahim Ali menggunakan undang-undang dan mahkamah manakala Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mahu kembali kepada asas penubuhan Petronas yang memberi hak royalti 5 peratus kepada Kelantan.

Tengok Ibrahim mahu lawan hak rakyat Kelantan, katanya beliau sudah melantik lima orang peguam untuk membawa isu tersebut ke mahkamah.

Oleh itu katanya beliau memberi tempoh selama sebulan kepada kerajaan PAS Kelantan supaya menyelesaikan isu royalti tersebut termasuk membawanya ke mahkamah.

Tidak cukup dengan itu Ibrahim menuduh pula kerajaan PAS seolah-olah sengaja mahu menggunakan isu ini sebagai modal politik dan bukan membawanya ke mahkamah untuk diselesaikan.

“Saya sudah bersedia untuk membawa kes ini ke mahkamah... ini sahaja jalan terbaik bagi mencari kebenaran,” kata Ibrahim menceritakan semasa beliau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ketika itu dan menyekat royalti Terengganu ditukar menjadi wang ihsan.

Kelmarin, bekas pengerusi Petronas itu menjelaskan kehadiran beliau memberi ceramah di Stadium Sultan Mohamad IV adalah atas jemputan 52 badan bukan kerajaan (NGO) dari Kelantan dan Terengganu, bukannya di pentas kerajaan negeri pimpinan PAS.

Malahan, beliau turut menegaskan bahawa kedatangan beliau itu adalah untuk menunaikan amanah Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kedua yang mahu hasil minyak diagih-agihkan kepada negeri-negeri di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak sekiranya terdapat minyak di pesisiran pantai negeri berkenaan.

“Saya bukan hadir perhimpunan di Kelantan itu kerana saya hendak sokong PAS... Tidak... Saya ahli Umno.

“Kebetulan saya bekas Pengerusi Petronas yang asal dari Kelantan. Kalau rakyat di sana hendak saya jelaskan mengenai Petronas dan Akta Kemajuan Petroleum 1974, apakah saya tidak patut pergi? Saya kena bagi penerangan. Saya bukan fikir soal Kelantan sahaja, tapi juga soal seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Ahli Parlimen Gua Musang itu dilaporkan berucap pada malam ceramah Perdana Royalti Minyak di Stadium Mohamad IV di sini Khamis lepas.

Antara intipati ceramah beliau, menyebut mengenai Kelantan layak untuk menerima royalti minyak, iaitu bercanggah daripada keputusan kerajaan berhubung isu terbabit.

Sementara itu, Ibrahim menyifatkan Ku Li tidak mungkin akan keluar Umno walaupun didesak berbuat demikian oleh sesetengah pihak ekoran pendiriannya yang berbeza dengan parti itu dalam isu royalti petroleum kepada Kelantan.

Malah ada pihak dalam Umno menggesa agar beliau dikenakan tindakan disiplin kerana menghadiri ceramah Perdana Royalti Minyak di Kota Baru, yang turut disertai pemimpin PAS, minggu lalu.

Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) berkata beliau yakin Razaleigh tidak akan berpaling tadah kerana beliau begitu sayangkan Umno.

“Malah saya ingat lagi Ku Li (Tengku Razaleigh) pernah berseloroh dengan saya bahawa dia juga akan mati sebagai ahli Umno,” kata beliau yang pernah bersama Tengku Razaleigh yang menubuhkan parti Semangat 46 di sini.

Ibrahim bagaimanapun mempertahankan tindakan Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu kerana beliau faham dengan falsafah dan pendiriannya yang juga pernah menjadi mentor beliau di dalam politik.

“Biasalah jika ada rasa tidak puas hati kerana Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas perdana menteri) pun pernah keluar Umno kerana rasa tidak puas hati tetapi kemudian kembali semula,” katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP