Ingat Tajol kemalangan Suee Lim bukan isu perkauman

>> Sabtu, Februari 20, 2010

Kita harap isu kemalangan jalan raya tidak dijadikan isu perkauman. Sebaliknya kita tengok Umno sengaja membesarkan isu kemalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim dengan pembonceng motorsikal. Yang bawa motorsikal dilanggar Suee Lim itu pulak orang Melayu.

Sekarang kena pulak kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali. Nak main isu perkauman dah tak boleh pasal dia langgar orang Melayu tetapi ditonjolkan orang Indonesia mati dilanggar supaya orang Malaysia tidak kecam sangat kat Tajol.

Mana keadilan? Soal kemalangan baik siapa kena selesai melalui undang-undang dan hukum pada mereka yang bersalah. Agar mangsa kemalangan tidak menderita kali kedua. Sudahlah teruk kena langgar. Lepas itu tidak ada pembelaan kerana orang politik yang langgar.

Soal isu perkauman, saya masih ingat perkampungan orang Cina di Jakar, Kemaman, sebelum kejadian kebakaran besaran dikawasan tersebut.

Cerita yang sering kita orang Melayu dengar: "Katakanlah orang Melayu langgar orang Cina dikawasan tersebut. Boleh dikatakan mahu mati dipukul orang Cina di situ."

Saya tidak pasti cerita itu betul atau tidak tetapi itu yang sering kita dengar. Dikatakan kalau orang Melayu melalui kawasan tersebut ada rasa takut.

Apa yang saya tahu kawasan tersebut perniagaan orang Cina. Orang Cina mahu tarik pelanggan orang Melayu kenapa pulak dia mahu menakutkan orang Melayu?

Kat mana salah asuhannya? Seolah ada pemimpin kita memainkan terus isu perkauman. Kalau katakan nak salahkan Islam, saya rasa ada kesilapan fahaman tentang Islam.

Sebab Islam menyeru umatnya berdakwah menyeru orang masuk Islam. Kalau Islam mahu cari gaduh macam mana mahu tarik orang bukan Islam kepada Islam.

Barangkali fahaman Melayu kita menyebabkan orang bukan Islam tidak mahu kepada Islam. Kalau ini puncanya maka berdosa kita kerana telah memberi gambaran yang tidak baik pada Islam.

Jadi baik kita fikir isu perkauman sebenarnya tidak menguntungkan Islam dan boleh menyebabkan orang jauh pada Islam.

Laporan berkaitan:

Bekas Menteri Besar Perak Kemalangan, Penunggang Motosikal Maut


GERIK, 19 Feb (Bernama) -- Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali terlibat dalam kemalangan dengan seorang penunggang motorsikal warga Indonesia menyebabkan mangsa (penunggang motosikal) meninggal dunia dalam kejadian di Km 28.1 Jalan Kuala Kangsar-Gerik di sini Jumaat.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Mahad Nor Abdullah berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 10.55 pagi dikenali sebagai Rina Kumala, 23, yang bekerja sebagai buruh ladang di sebuah syarikat di sini.

Kemalangan berpunca apabila mangsa yang keluar dari simpang jalan utama tiba-tiba membuat pusingan U dan pada masa sama kenderaan yang dipandu Tajol Rosli jenis Toyota Harrier gagal mengelak lalu merempuh motorsikal terbabit, katanya kepada pemberita.

Beliau berkata lelaki itu yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia sejam kemudian ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Lenggong dan mayatnya dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.

Bagaimanapun Tajol Rosli bersama dua rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketika kejadian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu itu bersama dua rakannya dalam perjalanan dari arah Kuala Kangsar menuju ke Rumah Rehat Gerik untuk menyertai majlis di situ.

Berita fitnah...Adun Sekinchan saman portal pro Umno
Bagus tindakan yang akan diambil oleh Adun Sekinchan. Bagi amaran supaya jangan mudah membuat fitnah.

Pilihan rakyat perlu dihormati jangan main kotor pula. Kalau berani lawan secara `anak jantan' di medan pilihan raya yang bersih dan telus. Baru tahu siapa gagah siapa pengecut.

Ini pula laporan sebelum itu:

ADUN Sekinchan Mahu Saman Laporan Palsu Portal Pro-Umno


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim memberi amaran kepada dua pengendali portal berita yang membuat berita bohong mengenai kejadian kemalangan Ahad lalu membabitkan seorang pelajar, supaya segera menghentikannya.

Bercakap kepada TV Selangor, beliau berkata, dua portal yang condong kepada Umno-Barisan Nasional (BN) membuat berita palsu apabila menuduhnya mabuk dalam kemalangan itu.

Suee Lim menganggap penyiaran berita itu bertujuan memburukkan reputasinya sebagai ADUN dan cuba mempolitikkan kejadian berkenaan.

Malah, Ketua Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Omar dalam satu kenyataan media, turut mengeluarkan amaran terhadap kedua-dua portal itu supaya tidak membuat cerita palsu.

Kesal dengan laporan berkenaan, ADUN Sekinchan itu menyifatkan laporan kedua-dua portal itu sebagai tidak bertanggungjawab dan berniat jahat melalui penyiaran laporan fitnah tanpa bukti.

"Saya beri amaran kepada portal terlibat supaya segera hentikan kerja-kerja ini. Kalau tidak, saya akan berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan saman kerana cuba memburuk-burukkan saya," katanya.

Polis sudah mengambil keterangan Suee Lim dan menunggu masa mengambil keterangan pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Mara (UiTM) , Mohamad Bakri Mohamad, 23, yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Kemalangan itu berlaku di satu persimpangan Seksyen 7, Shah Alam kira-kira jam 11.50 malam Ahad lalu.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP