Mahmoud bentuk jawatankuasa siasat korup wang dan seks

>> Isnin, Februari 15, 2010

Ramallah, Palestin 14 Feb: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas terpaksa tunduk kepada ancaman daripada bekas Pegawai Perisikan, Fahmi al-Tamimi yang mahu mendedahkan kebobrokan pemerintah Ramallah, dengan membentuk jawatankuasa penyiasat skandal Pengarah Pejabat Kepresidenan, Rafiq al-Husseini, di Ramallah.

Fahmi yang juga bekas pengarah unit antirasuah dalam pasukan risikan Palestin, mengancam mendedahkan lebih banyak dokumen dan rakaman pita video berkaitan masalah moral, penyelewengan kewangan dan rasuah jika Mahmoud tidak mengambil tindakan keatas Rafiq.

Sebelum ini Fahmi mendedahkan rakaman video pengarah pejabat presiden yang diambil melalui kamera tersembunyi sedang berurusan seks daripada seorang pekerja wanita.

Jawatankuasa yang dibentuk Mahmoud itu diketuai Setiausaha Am Jawatankuasa Pusat Fatah, Abu Mahir Ganem. Persoalan yang timbul apabila anggota jawatankuasa itu juga terdiri salah seorang yang dikaitkan dengan tuduhan rasuah melibatkan berjuta dolar, Azzam al-Ahmed.

Azzam yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat fatah, bersama dengan Rafiq Netshah didakwa terlibat dalam korupsi bernilai 2.7 juta dollar Amerika.

Dalam laporan lain yang berkaitan, rakyat Tebing Barat mengau-alukan kenyataan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya melarang rakaman video salahlaku moral Rafiq disiarkan oleh stesen satelit al-Aqsa.

Ismail yang menguasai di Semenanjung Gaza jelas menunjukkan sikap tidak berdendam dengan Mahmoud walaupun kes korup, penyelewengan dana dan rasuah seks melanda pihak Fatah yang berkuasa di Tebing Barat memberi keuntungan kepada politik Hamas.

"Sikap Hamas menunjukkan toleransi kepimpinan patut menikmati dan menerima penghormatan yang hebat daripada rakyat itu (Tebing Barat)," ulas pihak bank Barat.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP