Kacau! Buat gempaq tak pasal-pasal

>> Isnin, Februari 15, 2010

Terkini: Sumber yang dipercayai memberitahu Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Mohamad Noor Mohamad, hanya berehat di hotel Temerloh.

(Gambar: Haji Mohamad Noor, kiri)

Sebelum ini Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’Lo’ Mohamad Ghazali menyebarkan sistem pesanan ringkas (SMS) memberitahu Haji Mohamad tidak dapat dihubungi sejak malam tadi selepas balik mesyuarat.

Berikutan kebimbangan, beliau menyebarkan SMS kepada kenalan supaya dapat mengesan Haji Mohamad.

Masalahnya orang dok sibuk cari dia. Dia senang lenang berehat. Lari dari kepanasan ke taun Haji?

Laporan sebelum ini: Terkini: Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan tidak dapat di kesan

Maklumat terkini memberitahu kereta yang dipercayai milik Haji Mohamad Noor Mohamad ditemui di Temerloh tetapi tuan punya kereta tersebut tidak dapat dikesan.

(Gambar: Haji Mohamad Noor, kiri)

Haji Mohamad Noor, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan dikatakan tidak pulang ke rumah sejak malam tadi selepas pulang daripada mesyuarat.

Orang ramai sedang berkumpul dinursery beliau di kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’Lo’ Mohamad Ghazali turut berada di sana. Motif kehilangan belum diketahui.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP