Kesombongan sudah sebati dengan Umno

>> Rabu, Februari 03, 2010

Pada kebiasaan orang beradab akan merayu akibat kelalaiannya atau mungkin juga perbuatan sengaja kerana semasa kerajaan Umno dia boleh terjah tanpa perlu ikut perturan.

Sebaliknya Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam membuat kenyataan menggesa seperti mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Anda perhati kenyataan Ali dan begitu juga dengna Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Datuk Zainal Abidin Sakom yang langsung tidak membayangkan keinsafan.

Laporan berkaitan:

Kerajaan Melaka Mahu Khalid Terima Bayaran Cukai Tanah RM5.439 Juta

MELAKA, 2 Feb (Bernama) -- Kerajaan negeri Melaka sekali lagi menggesa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim supaya bersikap terbuka dengan menerima bayaran tunggakan cukai tanah sebanyak RM5.439 juta yang telah dijelaskan oleh Yayasan Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata Khalid sepatutnya tidak menjadikan alasan untuk enggan menerima bayaran itu bagi membantu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor.

"Saya harap Khalid akan bekerjasama untuk menerima bayaran tunggakan tersebut," katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan sempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pantai Kelebang di sini.

Najib akan melawat Melaka pada Khamis ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini mengenai keengganan kerajaan negeri Selangor untuk melanjutkan tempoh pembayaran cukai tanah milik YBK di Serendah, Rawang, Selangor yang berakhir, Jumaat lepas.

Khalid berkata sudah terlewat bagi Yayasan Melaka untuk membantu YBK melunaskan cukai tanah seluas 526 hektar milik badan itu yang tertunggak selama lapan tahun.

Mohd Ali berkata Khalid sepatutnya prihatin dan membantu YBK bagi meneruskan agenda membantu golongan miskin di negeri itu.

"Yayasan Melaka melalui anak syarikatnya Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Finance House semalam telah membuat bayaran sebanyak RM5,439,462.80 yang dimasukkan ke akaun Perbendaharaan Negeri Selangor," katanya.

Yayasan Melaka Sudah Bayar Tunggakan Cukai Tanah YBK - Zainal Abidin Sakom

SHAH ALAM, 1 Feb (Bernama) -- Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Datuk Zainal Abidin Sakom hari Isnin berkata Yayasan Melaka telah membantu badan itu melunaskan tunggakan cukai tanah berjumlah RM5.7 juta kepada kerajaan Selangor.

Pembayaran itu dibuat terus secara online oleh Yayasan Melaka ke akaun Perbendaharaan Negeri Selangor pukul 3.00 petang tadi, katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata awal hari ini sudah terlewat bagi Yayasan Melaka untuk membantu YBK melunaskan cukai tanah seluas 526 hektar milik badan itu yang tertunggak selama lapan tahun.

Zainal Abidin berkata tempoh akhir pembayaran tunggakan itu pada 30 Januari lepas tetapi beliau berharap Abdul Khalid akan menerima pembayaran itu walaupun lewat dan tidak merampas tanah YBK di Serendah itu.

Sabtu lepas, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata Yayasan Melaka sedia menjelaskan tunggakan cukai tanah milik YBK itu.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP