Eksklusif punya repot Mohd Saiful, polis datang temui beliau, beb

>> Jumaat, Februari 05, 2010

Mohd Saiful berkata dua anggota polis kemudian datang ke wad itu membawa dua borang untuk membuat laporan polis, tetapi menyatakan dia tidak memanggil mereka datang ke situ.

Kah kah kah.... hebat punya polis siapa yang arah dia datang jumpa Saiful ni.

Mohd Saiful : Ada tapi malam pukul 9 malam.

Eh! buat pemeriksaan tengah malam. Hai!... apa cerita ni...

Laporan berkaitan:

Mohd Saiful Pergi Ke Tiga Hospital Untuk Pemeriksaan

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia telah pergi ke tiga buah hospital, termasuk dua hospital swasta, untuk membuat pemeriksaan.

Bekas pembantu Anwar itu berkata dia pada mulanya pergi ke Hospital Tawakal, Jalan Pahang, di sini untuk membuat pemeriksaan doktor, tetapi penyambut tetamu telah memberitahunya hospital itu beroperasi separuh hari dan tidak boleh membuat pemeriksaan.

Beliau kemudiannya pergi ke Hospital Pusrawi di Jalan Tun Razak, dan ketika itu beliau ditemani oleh bapa saudaranya bernama Tuah Mohd Ali, iaitu adik kepada arwah ibunya.

Mohd Saiful berkata di hospital itu, beliau telah berjumpa Dr Mohd Osman Abdul Hamid dan memberitahunya beliau sakit perut dan sakit di dubur.

"Dr Mohd Osman telah meminta saya untuk membuka seluar dan beliau telah memasukkan sesuatu pada dubur saya dan pada masa itu saya telah berterus terang kepadanya bahawa saya telah diliwat dan mahu membuat pemeriksaan," jelas Mohd Saiful.

Mohd Saiful berkata Dr Mohd Osman terus memberhentikan pemeriksaan dan memintanya memakai seluar.

Ditanya Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden adakah beliau ada menanyakan mengapa pemeriksaan diberhentikan, Mohd Saiful berkata doktor berkenaan ada menjelaskan bahawa hospital itu tidak mempunyai kelengkapan membuat pemeriksaan forensik dan laporan perubatan hospital swasta tidak boleh digunakan di mahkamah nanti.

"Beliau seterusnya telah meminta saya mendapat rawatan di HKL (Hospital Kuala Lumpur). Saya ikut nasihatnya dan terus ke HKL. Pada mulanya saya tak tahu hendak ke mana, tapi secara logiknya saya pergi ke wad pesakit luar untuk mendaftar pukul 3 petang," katanya.

Mohd Saiful, 24, ialah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula semalam di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pada awal sesi pagi ini, Mohd Saiful memberi keterangan secara tertutup selama 30 minit sebelum hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan serta Anwar, Mohd Saiful dan Zambri Idrus, peguam pemerhati bagi pihak Mohd Saiful, meninggalkan mahkamah pada 11.43 pagi untuk melawat kondominium, tempat kesalahan itu didakwa dilakukan.

Apabila perbicaraan disambung secara terbuka pada petang ini, Mohd Saiful menyambung keterangannya di mana beliau menyatakan pergi ke tiga hospital itu untuk mendapat rawatan.

Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar, 63, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Mohd Saiful, yang berkot hitam dan berkemeja berwarna krim memberi keterangan dalam nada yang perlahan, berkata dia pergi ke HKL pada pukul 3 petang dan membuat pendaftaran di wad pesakit luar.

Menurut Mohd Saiful, pada mulanya dia berjumpa dengan seorang doktor perempuan, tetapi selepas memberitahu dia 'segan', seorang doktor lelaki yang dikenalinya sebagai Dr Daniel datang ke situ.

Mohd Saiful berkata Dr Daniel yang agak terkejut apabila dia menyatakan datang untuk membuat pemeriksaan kerana diliwat Anwar, memberikannya satu nota mengarahkan beliau pergi ke wad kecemasan di Unit Once Stop Critical Centre (OSCC).

Ketika ditanya Mohamed Yusof yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam pemeriksaan utama, Mohd Saiful berkata beliau tiba di wad kecemasan di OSCC setengah jam kemudian.

Mohd Saiful berkata apabila sampai di wad kecemasan, Dr Daniel tiba setengah jam selepas itu, diikuti seorang lagi doktor.

Beliau berkata Dr Daniel membuat pemeriksaan tekanan darah dan 10 minit kemudian meninggalkan wad berkenaan.

Mohd Saiful berkata pukul 4.30 petang, Dr Daniel datang semula kepadanya dan mencadangkan supaya dia membuat laporan polis kerana tanpanya, pemeriksaan tidak boleh dilakukan.

Mohd Saiful berkata dia memang bercadang untuk membuat laporan polis tetapi selepas membuat pemeriksaan.

Mohd Saiful berkata dua anggota polis kemudian datang ke wad itu membawa dua borang untuk membuat laporan polis, tetapi menyatakan dia tidak memanggil mereka datang ke situ.

Mohamed Yusof: Selepas itu ada atau tidak doktor datang periksa?

Mohd Saiful: Tidak ada

Mohamed Yusof: Ada tidak pemeriksaan dilakukan?

Mohd Saiful : Ada tapi malam pukul 9 malam.

Mohamed Yusof : Berapa orang doktor datang?

Mohd Saiful : Saya ingat satu doktor Cina, dua doktor lelaki Melayu, satu doktor perempuan mengandung dan beberapa jururawat.

Mohamed Yusof: Ada orang lain datang?

Mohd Saiful: Ada polis datang, tapi tak ingat masa itu. Tapi lepas kes ini saya ingat, dia pegawai penyiasat kes ini iaitu DSP Jude Pereira.

Mohamed Yusof: Bila doktor datang ada tanya soalan?

Mohd Saiful: Saya ceritakan dari awal saya diliwat. Mereka ingin buat pemeriksaan. Mereka tanya soalan adakah saya dicederakan, ada tanda-tanda di badan.

Terdahulu, Mohd Saiful ditunjukkan dengan rakaman kamera litar tertutup yang dirakamkan pada hari kejadian iaitu pada 26 Jun 2008 di kondominium itu.

Ketika ditunjukkan rakaman itu, Mohd Saiful mengesahkan bahawa gambar lelaki berkemeja putih yang memasuki lif dari aras P2, pukul 2.42 petang menuju ke tingkat lima di kondominium itu adalah beliau.

Mohamed Yusof: Lihat rakaman, jam 14.42, ada lelaki berkemeja putih masuk lif, itu gambar siapa?

Mohd Saiful: Ya, itu gambar saya.

Mohamed Yusof: Di mana itu?

Mohd Saiful: Dalam lif pertama di aras P2 menuju ke tingkat 5.

Pada ketika ini Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menegur Mohd Saiful yang bercakap perlahan.

Mohd Saiful juga mengesahkan gambar lelaki yang memasuki lif dari tingkat lima pukul 4.14 keluar menuju ke kereta berwana merah adalah beliau.

Mohd Saiful akan menyambung keterangannya esok pukul 9.30 pagi.

Mohamed Yusof memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan mempunyai lebih kurang 10 soalan lagi kepada Mohd Saiful.

Selepas prosiding, mahkamah dijangka melawat pejabat pengurusan di kondominum itu bagi membolehkan semua pihak melihat rakaman CCTV di bilik rakaman di pejabat pengurusan kondominium berkenaan.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP