Penuhi tuntutan PR jika mahu kerjasama

>> Rabu, Februari 10, 2010

Ipoh 10 Feb: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hendaklah memenuhi tuntutan pakatan rakyat (PR) jika mereka mahu kerjasama daripada PR, kata bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

(Gambar: Datuk Seri Nizar Jamaluddin (kiri) dan Datuk Ngeh Koo Ham di sidang media semalam. - Gambar oleh Jack Ooi Malaysian Insider)

Tuntutan PR tersebut ialah tidak disekat daripada menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri dan Jawatankuasa Tindakan Daerah bagi membolehkan mereka memberikan input bagi kepentingan rakyat Perak.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti gabungan pembangkang juga menetapkan supaya mereka dibenarkan menggunakan kemudahan dewan orang ramai di Perak untuk menjalankan aktivitinya.

“Kami merayu Adun pembangkang dibekalkan dengan sedikit peruntukan kewangan supaya kita dapat melancarkan kerja-kerja berkaitan kebajikan rakyat,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Beliau berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti gabungan pembangkang yang bermesyuarat malam ini bersedia memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) jika dapat memenuhi tuntutan tersebut.

Nizar mengumumkan Walaupun beliau menerima keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak, tetap menganggap ia merupakan sesuatu yang menyedihkan dan akan meneliti keputusan penghakiman itu sebelum memutuskan tindakan seterusnya.

Semalam Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan bahawa pelantikan zambry yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-Pas-PKR setelah berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan negeri.

Turut bersidang bersama Alauddin ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong. Penghakiman dibaca oleh Hakim Arifin.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP