Keterlaluan ghairah bodek Najib hingga bawa celaka

>> Khamis, Februari 04, 2010

Akibat keterlaluan ghairah membodek dan menaikkan nama perdana menteri serta mahu memulihkan nama buruk Umno selama ini tanpa Nasir sedar beliau membuat ucapan menghina kaum lain terutama Cina dan India.

Kononnya Nasir mahu menjelaskan pemerintahan Umno dapat menyelesaikan kaum Cina yang dituduh beliau menjual tubuh sehingga maju dalam perniagaannya dan kaum India yang didakwanya pengemis turut berjaya dibawah Umno.

Walaupun Nasir mempunyai maksud baik tetapi ucapan beliau itu satu penghinaan yang tidak masuk akal kerana sejarah tidak pernah menceritakan demikian kecuali ucapan yang keterlaluan beliau mahu bodek Najib dan Umno.

Ucapan Nasir itu lebih teruk daripada satu kes perkauman di Pulau Pinang pada 2008 iaitu Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang akhirnya Umno gantung beliau selama 3 tahun.

Kontroversi kenyataan perkauman Ahmad ialah tafsiran sejarah beliau berhubung rakyat Malaysia keturunan Cina. Orang Cina tidak dapat menerimanya dan bantahan dikemukakan melalui parti Gerakan dan MCA.

Ahmad mentafsirkan bahawa masyarakat Cina kini masih berstatus pendatang yang tidak wajar diberi hak yang sama dengan orang Melayu dan Bumiputera yang lain. Ucapan itu disampaikan pada 23 Ogos 2008 di Permatang Pauh, Pulau Pinang ketika berkempen bagi Datuk Arif Shah Omar Shah yang menentang Datuk Sri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Pihak polis sepatutnya menyiasat Nasir walaupun beliau meminta maaf. Permintaan maaf kata Rais Yatim hendak kepada mahkamah.

Laporan berkaitan:

Kenyataan Nasir hasil didikan BTN
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Feb: Ketua Bahagian Pemuda, Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (FeCAM-Youth), Hii Yik Ping mendakwa kenyataan berbaur perkauman yang dibuat pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar pada seminar 1Malaysia di Melaka, kelmarin adalah hasil didikan Biro Tata Negara (BTN).

Beliau satu kenyataan berkata, perletakan jawatan Nasir tidak menyelesaikan apa-apa masalah namun yang lebih perlu adalah menamatkan punca didikan perkauman iaitu kursus BTN.

"Saya percaya bahawa BTN landasan yang mempromosikan perkauman, penyebab Nasir membuat kenyataan perkauman.

"Bagi membunuh punca masalah dan menyelamatkan semua, kerajaan perlu menamatkan BTN," katanya.

Nasir jelasnya adalah satu contoh daripada ramai anggota masyarakat yang telah dimangsakan oleh BTN termasuk golongan mahasiswa, pegawai kerajaan dan pemimpin masyarakat.

Tambahnya, meskipun Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memberi jaminan akan mengkaji kandungan kursus, namun pemuda FeCAM tetap mahu BTN ditutup kerana ianya bercanggah dengan konsep 1Malaysia Najib.

"Oleh itu, Perdana Menteri perlu menutup semua kursus BTN dan membentuk jawatankuasa baru yang terdiri daripada para pemimpin, ahli akademik dan ahli masyarakat bagi benar-benar mempromosikan semangat patriotisme," katanya.

Selain itu, para jurulatih daripada BTN juga tegasnya perlu dirombak dan hanya mereka yang memenuhi kriteria saling hormat antara kaum sahaja perlu dipilih menjadi jurulatih.

Nasir mohon maaf buat kenyataan dianggap perkauman

KUALA LUMPUR, Feb 4 — Bekas pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar, hari ini memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia berhubung satu kenyataan yang dianggap bersifat perkauman.

Dalam satu kenyataan di sini, Nasir berkata beliau sedar mengenai pelbagai reaksi selepas ucapan yang dibuatnya pada seminar 1 Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka pada Selasa lepas.

“Saya telah menjelaskan bahawa saya tidak berniat untuk membuat kenyataan berbaur perkauman atau menghina mana-mana kaum. Namun demikian, sesetengah pihak berpendapat sebaliknya dan saya telah meminta maaf atas sebarang kesalahan,” katanya.

Nasir berkata beliau telah meletak jawatan sebagai pegawai khas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mengambil tanggungjawab akibat isu itu.

“Di sini, saya sekali lagi ingin memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia di atas kenyataan tersebut yang dianggap perkauman, sesungguhnya saya tidak bersikap demikian,” katanya.

Nasir berkata beliau yakin gagasan 1 Malaysia yang dibawa oleh Najib merupakan pendekatan yang dapat membawa kesejahteraan dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini. — Bernama

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP