Kita pun hairan kepada mereka yang sering melayari blog Aduka Taruna (AT) apakah tiada sensitif mereka terhadap penghinaan kepada isteri Nabi saw dan sahabat baginda, sehingga membisu sedemikian rupa tetapi bila sultan Johor menjadi sasaran baru riuh sekampung.
Apakah ini bermakna orang Umno sahaja yang menjadi pembaca tetap AT kerana kita tahu orang Umno tidak sensitif dengan Islam tetapi teramat sensitif dengan raja dan Melayu.
Ada juga yang memaklumkan kepada saya golongan reform dalam PAS ada melayari blog AT kerana tulisannya banyak mengecam setengah pemimpin PAS tetapi pada ketika itu saya tidak terlintas mahu menjengok.
Pada pendapat saya mungkin juga puak reform PAS pelayar tetap AT pasal ada ketika saya terbaca artikel menyenaraikan AT termasuk dalam blog kritikal kepada PAS. Wa Allahu aklam... malas saya nak senarai blog tersebut nanti bagi iklan percuma pulak... he he he.
Namun begitu ada masa kita kena serius. Sekiranya golongan pembaharuan PAS pembaca AT bermakna ia terdiri juga ahli PAS dan penyokong yang mahu perubahan.
Kalau mereka ini juga pembaca lama dan tetap AT maka kita merasa sedih dengan sensitiviti Islam yang ada pada pembaca AT kerana mereka tidak peka bila isteri dan sahabat Nabi saw dikutuk tetapi cepat terasa dan copy and paste bila AT kecam pemimpin PAS.
Sebab itu saya mahu sangka baik dengan puak pembaharuan PAS terdiri daripada ahli dan penyokong bahawa pada tanggapan saya pembaca blog AT ramai orang Umno dan pemerhati bebas kerana ia lebih sentitif dan meletup apabila isu sultan dan Melayu tetapi tidak dalam soal Islam.
Maka tidak menjadi kepelikan kalau ada yang menuduh blog AT sebenarnya ramai dilayari oleh Umno dan para penyelidik Umno yang mahu mencari kesalahan, kelemahan dan keburukan PAS.
Ini bermakna AT telah memberi banyak bahan kepada Umno untuk serang PAS. Lagipun AT sudah membuat pengakuan beliau tidak ada kena mengena dengan PAS. Jadi biarlah AT dengan tulisannya dan PAS melalui kelab blognya boleh menjawab. Itupun kalau PAS mahu layan.
Saya sendiri pun setelah isu menghina sultan menjadi kecoh, baru kesempatan menjengok blog beliau dan melihat penulisannya memang boleh agak orangnya setara mana. Bila melihat beliau melalui foto maka perkiraan saya ada tepat juga.
Berikut tulisan berkaitan Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin:
Aduka Taruna: Antara Sultan Dan Isteri Nabi S.A.W
Tiba-tiba nama Aduka Taruna menjadi masyhur disebabkan penghinaannya kepada Sultan Iskandar, Sultan Johor yang sudah meninggal dunia. Siapa Aduka Taruna sebenarnya, tidaklah saya ketahui. Namun di sini ada beberapa perkara mengenai isu beliau yang saya hendak sentuh:
1. Menghina atau mengungkit kisah orang yang sudah mati, tiada gunanya lagi. Jika hendak nasihat, atau mengkritik, kritiklah yang masih hidup secara membina atau membetulkan keadaan. Jika hendak memberi amaran kepada yang zalim, sebutlah kepada mereka ketika hayat masih di badan. Mungkin ada perkara yang boleh dibaiki, atau sekurang-kurangnya mereka diingatkan.
2. Menghina seorang sultan atau raja dan menghina seorang rakyat sama sahaja nilaiannya. Islam tidak pernah membuat kasta-kasta seperti ini. Seperti mana sultan tidak boleh dihina tanpa alasan yang benar, demikian juga seorang rakyat bawahan tidak boleh diperlakukan demikian.
3. Malanglah kita jika ada pihak yang hanya marah apabila golongan atasan dihina atau dipersendakan, tetapi tidak punya marah apabila rakyat bawahan menerima nasib yang sama. Jika ada pihak atau individu atau ulama yang demikian, mereka itu memang pengampu yang berat sebelah.
4. Saya mendapat maklumat bahawa Aduka Taruna sebelum ini dalam blognya pernah menghina isteri Nabi s.a.w yang mulia iaitu ‘Aishah r.ha. Setelah saya sendiri baca, amatlah buruknya budi dan bahasa beliau. Dia menyatakan kepada isteri Nabi yang mulia itu ‘bangang’, ‘dua ekor mangkuk’, ‘bangang tukil’ dan berbagai lagi perkataan-perkataan yang amat biadap terhadap seorang wanita yang dibela oleh al-Quran dan al-Sunnah. Amat menyedihkan. Sila lihat lampiran.
5. Tuduhan-tuduhan beliau kepada Aishah dan Muawiyah tidak berasaskan fakta sejarah yang sebenar. Saya cadangkan beliau dan sesiapa yang terpengaruh dengannya membaca apa yang telah saya tulis dalam buku PERTELINGKAHAN PARA SAHABAT NABI SAW : ANTARA KETULENAN FAKTA DAN PEMBOHONGAN SEJARAH.
6. Malang sekali, ketika beliau menghina isteri Nabi s.a.w, tiada pula bantahan, campurtangan menteri, desakan agar diambil tindakan dan berbagai lagi. Siapakah yang lebih mulia antara dua insan yang dihina itu?
7. Sepatutnya sejak dahulu beliau dibantah. Namun ketika dia menghina isteri Nabi s.a.w, mereka yang melayari blognya tidak bertindak, bila dia menghina sultan mereka bantah ‘sakan’dan naik angin. Jiwa melayu kitakah yang lebih tebal, atau jiwa islami kita yang telah nipis?
-
1 comments:
agaknya itulah balasan ke atas AT yg menghina isteri nabi..
walaupun manusia tk mampu mengajar beliau tapi akhirnya beliau yg memasang perangkap menghina diri sendiri...
Catat Ulasan