Presiden PAS kena kaji semula statement beliau

>> Sabtu, Februari 20, 2010

Presiden nyatakan prinsip PAS. Itu sudah jelas tetapi ia juga ada dalam prinsip PAS menegur dan mengecam mana-mana pemimpin negara yang melakukan kezaliman keatas rakyat mereka.

Pandangan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengenai Ahli Parlimen Australia mahu kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan, sebagai prinsip PAS selama ini tidak mahu campur tangan pihak asing diatas kedaulatan negara masing-masing.

Sikap ini sama PAS kecam Amerika kerana serang Iraq. Begitu juga sikap PAS keatas Iran yang dituduh oleh Amerika buat senjata nuklear. Kalau ada bukti sekalipun Amerika tidak boleh campur tangan di Iran. Biar saluran antarabangsa atau PBB yang siasat.

Jika Australia tidak berpuas hati dengan Malaysia, Australia boleh menggunakan saluran antarabangsa. Bukan memandai-mandai campurtangan dalam negara Malaysia.

Dengar sikap PAS seperti ini memang seronok Umno Malaysia tetapi ini bukan tiket untuk Umno buat zalim dan kejahatan. Pendirian PAS dalam soal Anwar memang sudah jelas iaitu semasa Anwar dibicarakan dalam kes liwat yang pertama lagi.

Bagaimanapun dalam soal sokongan ahli parlimen Australia bukan melanggar keadulatan negara. Ia berbeza sama kali dalam soal Iraq dan Iran. Kedua negara terbabit diancam dalam soal keselamatan negara sedangkan isu di Malaysia hal pemimpin menzalimi rakyatnya.

Sebab itu PAS harus mengkaji sikap mereka terhadap ahli Parlimen Australia yang mahu satu keadilan keatas Anwar.

Takkan kita langsung tidak boleh tegur pemimpin negara lain apabila melakukan suatu yang buruk keatas rakyatnya.

PAS juga pernah kecam Algeria kerana menekan FIS. PAS juga kecam Mesir kerana tidak beri laluan untuk orang ramai membantu Palestin di Gaza.

PAS juga kecam Mesir dan tembok besi yang menghalang pergerakan orang Semenanjung Gaza dihentikan dan dicabut.

PAS juga mahu umat Islam di Petani selatan Thailand selamat maka sedia berunding dengan kerajaan Thailand. Ini bukanlah perkara yang melanggar kedaulatan tetapi satu perundingan dan teguran kepada perkaray ang jahat dan zalim.

Laporan berkaitan:

Presiden PAS Selar Anggota Parlimen Australia

KUALA TERENGGANU, 19 Feb (Bernama) -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat menyelar tindakan beberapa anggota Parlimen Australia untuk campur tangan dalam kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya beliau mahu perkara itu diselesaikan mengikut sistem kehakiman negara ini tanpa dipengaruhi oleh mana-mana anasir luar.

"Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara barat, negara bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan himpunan pemuda Islam Kuala Terengganu di Kuala Ibai dekat sini.

Baru-baru ini, 50 penggubal undang-undang Australia itu telah meminta Malaysia menggugurkan pertuduhan yang melibatkan Anwar itu. Tindakan mereka ini dikecam hebat oleh pelbagai pihak di negara ini kerana dilihat cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Abdul Hadi bagaimanapun berkata PAS tidak bercadang untuk mengemukakan sebarang bantahan berhubung campur tangan anggota Parlimen Australia itu.

Beliau mencadangkan agar badan kehakiman negara ini diletakkan di bawah Parlimen atau Majlis Raja-raja bagi mengelak badan itu dipengaruhi oleh mereka yang berkepentingan.

Mengenai cadangan PAS untuk menjalin kerjasama dengan UMNO dalam isu-isu keselamatan, ekonomi, agama dan politik, Abdul Hadi berkata PAS sentiasa terbuka untuk mengadakan sebarang bentuk muzakarah dengan UMNO.

"Kita bersikap positif sepanjang masa dalam perkara yang positif, yang baik dan kita akan bekerjasama," katanya.

Bagaimanapun, menurut Abdul Hadi, kerjasama untuk membentuk kerajaan perpaduan seperti yang pernah dicadangkan dahulu tidak akan berlaku.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP