Sebuah Universiti Kristian Katholik Internasional dijangka akan segera didirikan di Mesir. Rancangan perletakan batu asas bangunan perguruan tinggi itu akan dilaksanakan di akhir tahun 2010 ini.
Keterangan tersebut sebagaimana dilapor harian Mesir al-Mishriyyun (6 Feb), mengambil sumber daripada pihak dalaman Gereja Katholik.
Sumber tersebut memberitahu, projek membangunkan Universiti Kristian Mesir hingga ketika ini masih dalam proses kelulusan izin daripada pemerintahan Mesir, khususnya Kementrian Pendidikan Tinggi dan Majlis Khusus Universiti.
Universiti tersebut akan berlokasi di kota Alexandria yang terletak di pantai Laut Mediterrania, Mesir, yang juga bekas salah satu pusat penyebaran ajaran Kristian pada zaman Hellenistik.
Sumber tersebut juga menerangkan, pada mulanya pihak Gereja Katholik merancang untuk mendirikan cawangan Universiti Liverpool di Mesir. Universitai Liverpool sendiri memiliki reputasi sebagai perguruan tinggi keuskupan katholik antarabangsa.
Tambah sumber tersebut, beberapa target lebih jauh daripada mendirikan Universiti Kristian Mesir itu, adalah juga membangunkan 170 sekolah katholik di Mesir yang akan dinaungi oleh universiti tersebut.
Jumlah penganut sekte Katholik di Mesir (Katholik-Koptik) sendiri ketika ini mencapai sekitar 300 ribu orang, daripada keseluruhan penduduk Mesir 80 juta. Angka tersebut mengecualikan jutaan warga Koptik Mesir yang bermigrasi ke luar negeri, yang dikenal dengan sebutan Aqbath al-Mahjar (Koptik Imigran). Mereka tersebar di berbagai negara terutamanya Amerika, Kanada, Australia, dan negara Eropah.
Ibrahim Nakhlakh, salah seorang tokoh Kristian sekular Mesir, menyatakan ehwal pendirian Universiti Kristian Mesir ini didorong oleh keinginan pihak Kristian Mesir untuk membangunkan perguruan tinggi independen.
Pembangunan Universiti Kristian Mesir Internasional ini juga dipastikan akan menjadi pesaing bagi Universiti Islam Internasional di Mesir yang namanya telah menjadi legenda, al-Azhar.
-
0 comments:
Catat Ulasan