Pemikiran matang dan terbuka orang politik

>> Rabu, Februari 10, 2010

Bukan setengah pemimpin PAS yang bangang nak buat kerja dakwah diputarbelit jadi isu lain. Cuba tanya Datuk Ismail Kamus biar dia jawab dengan lengok dia: "Tak ke bangang namanya tu."

Kalau pemimpin PAS bangang ulas macam Anwar kan bagus berfikir secara matang. Ada orang cuba putarbelit statement patutnya kita yang pertahan dan jawab balik. Bukan sentiasa nak tunggu Anwar ulas baru kita diam. Habis kita nak jadi pemimpin apa? Pemimpin bodoh?

Wartawan dan bloggers tu dia sengaja cari isu sensasi dan bagi besar supaya hits dan blog serta paper dia sentiasa melambung setiap hari. Kalau tidak ada berita menarik maka kurang pengunjung. Apa yang pelik oarng cerdik dan setengah pemimpin PAS tak pasal-pasal terpengaruh dengan dakyah bloggers tu apa hal?

Berikut laporan berkaitan:

Anwar: PAS tidak dihalang bincang dengan Umno
Salhan K Ahmad Feb 10, 10 4:41pm

PAS tidak dihalang daripada membuat apa-apa perbincangan dengan mana-mana parti, termasuk Umno, kata ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tidak ada masalah bincang dengan sesiapa. Kita tidak pernah melarang perbincangan," katanya ketika diminta mengulas keterbukaan PAS untuk berbincang dengan Umno.

Bercakap dalam satu sidang media di perkarangan komplek mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur, Anwar berkata, beliau maklum dengan dasar PAS terhadap dasar-dasar yang digarap dalam Pakatan Rakyat.

"Kita memang diberikan maklumat oleh PAS dari semasa ke semasa. Tapi prinsip PAS bersama Pakatan Rakyat, prinsip PAS menentang kezaliman, menentang rasuah, menentang penyalahgunaan kuasa, itu tidak berganjak sedikitpun," katanya lagi.

Anwar berkata, pendirian PAS itu boleh dilihat dalam persetujuan mereka untuk menandatangani dokumen bagi mengukuhkan pakatan tersebut bersama PKR dan DAP.

Menurutnya, dokumen tersebut memaktubkan persetujuan bagi menerima prinsip-prinsip asas dalam perlembagaan.

Tambahnya, ia termasuk soal bahasa, hak istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam dan juga kedudukan Raja-Raja Melayu.

"Tetapi ini dipermainkan oleh Umno untuk memecahbelahkan di antara Melayu dan Cina.

"Media Umno masih membesarkan seolah-olah DAP itu menentang hak keistimewaan orang Melayu yang tidak berbangkit kerana pimpinan DAP dan PAS telah menandatangani muafakat bersama," katanya lagi.

Dalam sidang media yang sama, beliau turut mengulas mengenai kedudukan wakil PKR Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang dirujuk ke jawatankuasa disiplin parti.

"(Kedudukan Zulkifli) dalam proses mesyuarat jawatankuasa disiplin dan kita akan tegas. Kita tidak mahu orang tuduh apa-apa. Kita ikut prinsip 'saudara setuju dengan dasar, saudara kekal. Saudara tidak setuju, tidak ada pilihan'," katanya lagi.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP