Janakuasa bekalan elektrik Gaza kehabisan minyak

>> Jumaat, Februari 05, 2010

Lembaga autoriti janakuasa elektrik di Palestin mengumumkan bekalan elektrik di Semenanjung Gaza kemungkinan akan berakhir Jumaat ini (hari ini 5 Feb) akibat kehabisan minyak untuk menjana elektrik di Gaza.

Dalam penjelasan kepada infopalestin, semalam lembaga itu mengatakan, pihaknya sudah menghantar surat kepada ketua daerah dan kerajaan tempatan serta perusahaan telekomunikasi di Gaza untuk memaklumkan bahawa bekalan elektrik terpaksa dihentikan untuk perusahaan mereka.

Disebutkan, janakuasa elektrik akan menghentikan operasinyanya pada Jumaat berikutan semakin tipis harapan bekalan minyak akan sampai ke Gaza. Dijangka sebanyak 60% bekalan elektrik ke Gaza terganggu malah ia boleh mencapai 70% Gaza tidak dapat menikmati bekalan elektrik.

Keadaan ini disebabkan Kesatuan Eropah menghentikan syarkat bekalan minyak ke Gaza, menyusul permintaan daripada Presiden Palestin, Mahmod Abbas agar pembiayaan untuk janakuasa elektrik di Gaza diambil daripada dana perusahaan bahan bakar. Hal ini menyebabkan kondisi eletrik di Gaza hanya separuh beroperasi.

Dengan ini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pemerintah Ramallah bertanggung jawab secara langsung atas krisis elektrik di Gaza ketika ini. Situasi ini akibat kekurangan pembayaran daripada pihak berkuasa Palestin untuk membiayai bekalan minyak janakuasa elektrik di Gaza.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP