Al-Quds, Palestin 11 Feb: Yayasan al-Aqsa mengingatkan umat Islam bahawa terdapat perancangan Yahudi untuk membangunkan projek perumahan dan komersil yang bernama `Ma'ale Hazeetim' berkedudukan strategik di tengah kampung Ra’sul Amud di al-Quds, sebelah tenggara Masjid al-Aqsa.
Yayasan al-Aqsa memberitahu bahawa kumpulan syarikat pemaju hartanah Israel telah berusaha untuk memasarkan projek tersebut dan mendorong orang Yahudi untuk membeli apartemen serta perumahan dan komersil tersebut dengan promosi ia mengadap dan dekat dengan Masjid al-Aqsa yang secara tidak langsung ia boleh memberi kesan kepada mempercepatkan pembangunan kuil yang mereka inginkan ditapak Masjid al-Aqsa.
Dalam sebuah kenyataan pada Rabu (10 Feb) yang dihantarkan kepada Infopalestin, projek pembangunan penempatan perumahan itu akan berhubung dengan pembangunan kuil yang mereka dakwa dengan memusnahkan Masjid al-Aqsa. Dengan ini ia akan menarik minat dan mendorong orang Yahudi membeli perumahan dikawsan tersebut.
Dalam iklan pemasarannya, mereka menggunakan tema "Kenikmatan Mata Anda di Gunung Haikal" dengan menempatkan gambar projek perumahan dan salah satu apartment yang nampak jelas menghadap masjid al-Aqsa.
"Promosi dalam iklan itu mencantumkan teks sebagai berikut: apartment mewah yang dikelilingi oleh pemandangan alam yang menghadap secara langsung ke Gunung Haikal, kampung Ma’ale Hazeetim di Jerusalem yang menghadap Gunung Haikal, sekitar 15 minit berjalan kaki dari tembok Ratapan," kata Yayasan al-Aqsa.
Iklan ini mendapatkan support dan sokongan daripada kumpulan Yahudi yang bekerja untuk membangun kuil tersebut. Dipublikasikan melalui web internet mereka memberi komentar yang membangkitkan semangat dengan dalih boleh direalisasi maka merupakan "langkah untuk mempercepat pembangunan kuil" yang mereka dakwa.
-
0 comments:
Catat Ulasan