Nizar boleh kemuka undi tidak percaya

>> Rabu, Februari 10, 2010

Putrajaya, 9 Feb: Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria, berkata keputusan penghakiman menentukan Menteri Besar yang sah tidak bermakna kepada penghujung perkara berkenaan kerana Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin boleh mengemukakan undi tidak percaya terhadap responden, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

“Nizar boleh mengemukakan undi tidak percaya terhadap responden (Zambry) atau membuat perwakilan kepada sultan pada bila-bila masa jika beliau berpendapat responden tidak lagi mempunyai sokongan ahli dewan,” katanya.

Arifin memutuskan Nizar tidak boleh terus mentadbir Perak kerana beliau sudah kehilangan sokongan majoriti di dewan undangan negeri, demikian diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Tambah beliau yang membaca penghakiman 41 muka surat pagi tadi berkata membenarkan Nizar berbuat demikian akan bertentangan dengan prinsip demokrasi.

Panel hakim lima anggota yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, pagi tadi memutuskan Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.

Selain Arifin, hakim lain yang menganggotai panel itu ialah Zulkefli Ahmad Makinuddin, Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Abdull Hamid Embong.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP