Orang filem boleh tahan malam, tak tahan pagi

>> Isnin, Februari 08, 2010

Nak tergelak bila penerbit filem, David Teo berkata: "Orang filem boleh tahan malam... tak boleh tahan pagi." Ini kerana saya teringat orang politik jadi dua kali lima je.

David berkata demikian apabila beliau dihubungi pengacara sebuah tv swasta siaran sebelah pagi tadi. Pengacara tersebut bertanyakan apakah beliau mengikuti perbincangan filem Melayu sama ada mendapat sambutan atau tidak, kata David: "Saya baru ikuti... orang filem boleh tahan malam tapi tak boleh tahan pagi..." Nampak nak tergelak panel dengan pengacara tersebut.

Sama la tu David... orang politik pun dia dah ubah kebiasaan hidup berceramah sampai tengah malam lepas tu berborak sampai pagi. Pasal tu bila wartawan hubungi sebelah pagi mahu buat komen telefon selular dia tidak terangkat.

Kawan kita nak siapkan story cepat tetapi dia boleh lena tidur sambug tidur sebelah pagi. Bila jumpa dilain masa bertanyakan kenapa tak angkat phone. Mudah je jawabnya: "Sibuk." Biasalah ucapan popular orang politik lindungi ketidak senonoh.

Maka tidak hairan sangat orang politik sentiasa gopoh berkejar ke parlimen kalau ada sidang Dewan Rakyat. Ya la bukan senang nak ubah kebiasaan tidur pagi tiba-tiba ubah macam orang kerja pejabat. Nak kata ikut waktu orang pejabat pun tidak juga sebab orang politik masuk pukul 10 pagi sedangkan orang pejabat ada yang pukul 7 pagi.

Bila musim tidak ada sidang, jadual itu automatik terubah balik boleh terus tidur. Lagipun program orang politik pada sebelah siang cuma hujung minggu. Hari orang tidak kerja. Kalau buat program hari kerja siapa yang nak datang.

Persoalannya orang ini dia boleh mengubah corak kehidupan orang lain terutama wartawan dan blogger politik. Sebab itu wartawan terpaksa ikut stail orang politik kerana nak bahan daripada dia orang yang tahan malam tetapi tidak tahan pagi.

Tak pasal-pasal pulak wartawan kena kutuk dengan sahabat bahagian pembaca pruf atau layout kerana hantar bahan tengah malam.

Bagi akhbar yang lapor program kerajaan dia tidak kisah sangat pasal kerajaan ikut punch card.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP