Lagi Desakan Adakan Sidang Parlimen Tergempar

>> Ahad, Februari 21, 2010

Keengganan Datuk Seri Najib Razak mengadakan Sidang Parlimen Tergembar terus dikecam pimpinan Pakatan Rakyat dengan menganggap Perdana Menteri berdolak-dalik dengan memberi alasan rapuh.

Sedangkan, kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat perhatian serius pimpinan masyarakat antarabangsa baik dari negara Barat mahupun negara Islam.

Mengulas alasan Najib, kononnya sidang tergempar itu tidak perlu diadakan kerana ia bukan melibatkan dasar atau pentadbiran negara, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok melabel Najib sebagai penakut untuk berdepan realiti sebenar.

Sedangkan, Parlimen Malaysia juga campur tangan dalam beberapa isu dunia, sekali gus bermakna tindakan lebih 50 Ahli Parlimen Australia dalam kes konspirasi kedua, bukan campur tangan dalam erti kata sebenar.

"Beberapa tahun lepas, Malaysia pernah mengadakan sidang parlimen tergempar berkenaan dengan isu Palestin. Tapi, kali ini Najib tidak berani untuk berhadapan Anwar.

"Nyata, perbicaraan kes kosnpirasi kedua terhadap Anwar itu memang penuh dengan muslihat daripada Barisan Nasional," katanya kepada TV Selangor.

Teresa Kok juga menyelar kerajaan Umno-BN kerana membantah campur tangan kerajaan asing tapi pada masa sama, campur tangan dalam urusan institusi kehakiman.

Beliau menganggap pertemuan Najib dengan Saiful Bukhari Azlan sebelum ini adalah skrip awal konspirasi kedua dan Najib mesti memberi penjelasan di Parlimen mahupun mahkamah.

"Najib dan Rosmah perlu hadir mahkamah kerana memang terdapat bukti Saiful pernah berjumpa mereka. Faktor ini menyebabkan kes perbicaraan Anwar penuh campur tangan BN. Jadi, itu sebab la Najib tolak permintaan lah daripada Datuk Seri Anwar untuk mengadakan sidang tergempar.

Dalam pada itu, Angkatan Muda Keadilan menyifatkan perbuatan Pemuda BN melakukan demontrasi ketika masih ada saluran lain termasuk mengadakan sidang tergempar Parlimen, sebagai terburu-buru.

Malah, mereka langsung tidak menunjukkan keberanian mahupun kebijaksanaan ketika berdepan masyarakat antarabangsa hingga akhirnya perbuatan mereka memalukan Malaysia.

Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin berkata kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar bukan isu peribadi lantaran kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang.

Malah, kebanyakan pimpinan dunia melihat kes konspirasi kedua itu semata-mata rekaan untuk menyekat kemaraan politik Anwar dan ia bertujuan memenjarakan beliau.

"Dunia memberi perhatian tidak semestinya dianggap campur tangan. Ini bukan macam mahu jajah Malaysia. Dengar dulu apa mereka kata, soal prinsip undang-undang, soal hak Anwar dalam perbicaraan.." katanya.

Shamsul juga mengingatkan semua pihak, dunia tidak lagi terkongkong dalam komuniti kecil, sebaliknya sesuatu isu di sesebuah negara memberi kesan kepada negara lain.

Tanpa mempertikai hak untuk mengadakan demontrasi, beliau meminta Pemuda BN tidak hanya bergantung kepada saluran demontrasi sahaja sebaliknya mengupas isu dengan lebih kritis.

"Apakah selepas ini Pemuda BN mahu melakukan demontarsid di kedutaan Qatar kerana ulama terkemuka, Sheikh Yusuf al-Qaraqawi berasal dari negara itu. Dia mengeluar kenyataan keras dalam hal ini.

"Adakah mereka akan berdemontrasi di kedutuaan Turki kerana mereka juga membantah konspirasi terhadao Anwar," katanya kepada TV Selangor.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP