Orang payah nak percaya Hishamuddin...

>> Jumaat, Februari 12, 2010

Sebabnya kerajaan Umno penuh dengan pembohongan. Kes mata lebam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih segar sampai sekarang. Dituduh kawan tu pukul mata sendiri.

Kematian Teoh Beng Hock setiausaha politik kepada Exco Selangor, mati ketika jadi saksi siasatan kes rasuah. Didakwa bunuh diri walaupun siasatan belum dilakukan. Kematian Kugan dalam lokap. Kami masih ingat semua tu.

Rakyat Malaysia bukan macam bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad `Melayu mudah lupa.' Jika pihak polis gagal dalam tanggungjawabnya menyiasat Raja Azman maka patut pakatan rakyat (PR) desak diadakan kertas putih atau suruhanjaya diraja.

Soal Raja Azman dituduh mencuri itu hal lain. Ada undang-undang yang akan hukum beliau kalau betul beliau bersalah.

Soal buat pengakuan bersalah sapa-sapa boleh buat bila diberi tawaran lepas atau kurangkan hukuman atau sebagainya tetapi kenapa pulak kawan tu tukar pengakuan tidak bersalah. Ini pun patut Hishamuddin ambil kira. Kami rakyat Malaysia dn jangan layan kami macam warga kelas dua

Berkaitan:

Menteri nafi anak Raja Petra didera
Bernama Feb 12, 10 6:41pm

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan dakwaan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin, kononnya anaknya, Raja Azman, didera ketika ditahan di penjara.

"Jangan ada mana-mana pihak (mengatakan) bahawa kita sengaja tangkap dia ni. Dia mengaku salah kerana mencuri dan pihak penjara telah membuat laporan polis.

"Perkara ini sedang disiasat oleh pihak polis, dan apabila tiba masanya kita akan dedahkan (laporan kejadian) kepada orang ramai," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Raja Azman, 34, sebelum ini dilaporkan telah menelan sebilah pisau cukur dan juga mencederakan pergelangan tangannya sendiri ketika dalam tahanan.

Raja Petra, yang sedang dalam pelarian dan dipercayai berada di luar negara kerana dikehendaki polis berhubung satu laporan ftinah, telah mendakwa dalam laman webnya kononnya pihak berkuasa Malaysia menggunakan Raja Azman, yang ditahan reman di Penjara Sungai Buloh, untuk menghukum beliau.

Dia juga mendakwa kononnya anaknya bertindak demikian kerana tidak tahan dengan penyeksaan mental dan fizikal yang dihadapinya.

Semalam, jurucakap Jabatan Penjara Malaysia Abdul Rahman Taib berkata Jabatan Penjara telah menubuhkan satu Lembaga Siasatan dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Hishammuddin berkata berikutan kejadian itu, pihak-pihak tertentu menggunakan isu itu untuk memesongkan pandangan orang ramai kepada perkara yang tidak berasas.

"Cara kita nak tanganinya ialah membuat liputan sebenar. Jangan terikut-ikut dengan dakwaan dan tuduhan tidak berasas dan melulu itu.

"Dia ditahan, berada dalam penjara selepas mengakui sendiri salah mencuri. Sekarang berada di dalam wad, di hospital dan tuduhan di internet sekarang kononnya nak menggambarkan bahawa kita tangkap, kita dera...saya menafikan sekeras-kerasnya," katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP