Lama tak dengar cite Ku Duka, tengok-tengok kluar bekeng bunyi

>> Rabu, Februari 10, 2010

Masih bertaring lagi ke Ku Duka dalam arena politik di Terengganu? Sudah lama saya tidak mengikuti perkembangan beliau maklumlah selepas Parti Semangat 46 dibubar, beliau bagaikan tenggelam hanyut tak timbul.

Saya tidak pasti sama ada beliau turut ikut pengerusi Semangat 46 Terengganu, Datuk Ibrahim Azmi masuk Umno semula. Ibrahim Azmi pun sudah dikira tenggelam senyap tak timul. Hanya Shabery Chik sahaja yang dikira menonjol selepas masuk Umno. Kira dia ni geng PAS juga dahulu. Tetapi itu cerita lama.

Bagaimanapun dalam dua tiga hari ini tiba-tiba timbul Ku Duka. Apakah semangat Ku Li masih ada dalam jiwa beliau sehingga begitu garang sekali beliau membuat kenyataan.

Berikut statement beliau:

Tak Kira Kerajaan PAS ke… kerajaan Gajah ke ….Rimau ke….. Royalti Mesti Di Beri
Kerajaan yang dipilih rakyat adalah kerajaan yang sah – Ku Duka

KUALA TERENGGANU 7 Feb – Wang Royalti tidak harus ditukar kepada wang Ehsan dan pembayarannya mestilah secara tunai, mengikut perjanjian asal sebagaimana di laksanakan oleh Tun Razak.

Penaung Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) Tengku Seri Paduka Raja (Ku Duka) Tngku Ibrahim Ismail berkata demikian dalam satu sidang media khas berkenaan isu Royalti baru-baru ini.

Menurutnya wang royalti mestilah dibayar kepada kerajaan yang sah, yang dipilih rakyat tanpa mengira parti apa yang menjadi kerajaan sesebuah negeri.

”Saya tak kira, kerajaan PAS ke….. kerajaan gajah ke….. Rimau ke…..kerajaan yang dipilih oleh rakyat adalah kerajaan yang sah,

samada kamu suka atau tidak… (Whether you like it or not) itulah hakikatnya yang sah,

”jadi kerajaan PAS yang memerintah di Kelantan adalah kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat, kita mesti beri,”jelasnya.

Katanya tindakan memberi wang royalti melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan menunjukkan kerajaan pusat tidak dapat menerima hakikat rakyat memilih parti lain selain Umno.

Dalam isu yang sama, beliau memuji Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad said yang berani menuntut hak royalti yang menjadi hak rakyat Terengganu.

Namun, beliau mempersoalkan, bilakah kerjaan pusat akan menyelesaikan semua pembayaran royalty yang tertunggak.

Beliau meminta rakyat untuk membuat penilaian keatas parti yang memerintah dalam pilihanraya akan datang, sekiranya perjuangan MAMPAT mendesak untuk dikembalikan wang royalti.

”Kalau pejuangan MAMPAT mengembalikan semula wang ehsan kepada wang royalty tidak berjaya, apa kita nak buat?,

”pada saya senang saja, balik kepada rakyat, rakyat pilih pada pilihanraya umum yang akan datang, serah kepada rakyat!,”tegasnya.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP