PKNS Pemaju Tunggal Urus Perumahan Kos Rendah

>> Sabtu, Februari 20, 2010

Hadri Yaziz

Kerajaan Selangor bercadang untuk melantik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai pemaju tunggal bagi menyelenggara dan mengurus perumahan kos rendah.

Ini berikutan kebanyakan pemaju swasta tidak berminat mengambil alih projek kos rendah atas alasan ia tidak menguntungkan.

Di Ukay Bistari dan Saujana Puchong, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad menyatakan terdapat 7,405 unit kediaman di seluruh Selangor sedang dibaik pulih dan tender akan dikeluarkan bagi mengenal pasti kontraktor yang mampu mengalas tugas dengan baik.

“Ya PKNS sebab kita hendak pertingkatkan anak syarikat negeri, supaya ada kepakaran. Dalam banyak kes kita lihat swatsa dia lebih kepada pulangan. PKNS itu ada tanggungjawab dia kepada rakyat,” katanya.

Iskandar juga melahir keyakinannya terhadap peranan Jawatankuasa Khas Pemulihan Rumah Terbengkalai Negeri Selangor yang ditubuhkan pada tahun 2008.

Penubuhan Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan pada 2008 dan diketuai Adun Hulu Klang, Saari Sungib itu membuktikan kerajaan negeri memandang serius masalah perumahan rakyat.

Ini sekali gus dapat membela nasib rakyat yang dianak tiri kerajaan Umno-BN sebelum ini. Ia juga akan memperkasa salah satu Pakej Ransangan Ekonomi Selangor iaitu perumahan untuk rakyat

“Hari ini, kita melihat bahawa usaha Jawatankuasa Khas itu berjaya. Kita dapat menyerahkan kunci kepada penduduk dan sekarang ini kita cuma ada CF sementara.

"Perbincangan dengan MPAJ mendapati CF belum dikeluarkan atas sebab teknikal sahaja. Dalam masa satu minggu, kita akan dapat CF dan penduduk boleh duduk di rumah dengan senang hati," katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP