Episod kedua jenayah bersiri mengaibkan sesama Melayu

>> Jumaat, Februari 05, 2010

Apa sebenarnya kita harap kepada orang Melayu memerintah kerana dengan sesama Melayu pun mereka boleh aibkan sedemikian rupa. Pengalaman pertama Anwar diaibkan dengan mengusung tilam masih segar dalam ingatan kita tetapi sekali lagi pemimpin yang tidak bermaruah cuba melakukan perbuatan sama atas tujuan aibkan orang Melayu seperti Anwar.

Kita harap perbuatan yang sama diulang-ulang ini akan menambah simpati rakyat kepada Anwar walaupun ada segelintir kawan kita ikut terpengaruh mempercayainya kerana hasutan orang-orang Umno. Kawan saya ketika out station ke Johor sempat menghubungi saya mulai meragui Anwar apabila mendengar cerita orang Umno yang dikira berpengaruh dalam politik.

Sementara kawan saya di Kuantan, Pahang pula menghubungi saya bertanya khabar sama ada saya pergi ke mahkamah perbicaraan Anwar. Saya memberitahu beliau saya tidak pergi dan saya rasa sudah mula membenci mahkamah, polis dan pihak-pihak yang bersengkokol dengan pemerintah untuk memalukan Anwar.

Orang Melayu kita sepatutnya merasa sedih kerana pemimpin Melayu kita mengaibkan orang Melayu kita. Apakah tidak ada kebaikan pada Anwar semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri dahulu sehingga diburukkan sedemikian rupa.

Apakah jenis kawan Melayu kita sehingga sanggup menjatuhkan maruah sedemikian rupa kepada kawan Melayu kita yang diaibkan itu walaupun pernah tidur sebantal ketika dahulu dalam satu aliran parti politik mereka.

Kita orang Melayu yang tidak kena mengena pun rasa geli dibuat oleh kawan Melayu kepada orang Melayu yang diaibkan itu.

Kita hanya mampu berdoa semoga Allah SWT membalas mereka yang melakukan kezaliman.

Laporan berkaitan daripada Malaysiakini:

Anwar: Utusan kotor, biadap, jijik
Kuek Ser Kuang Keng Feb 4, 10 5:43pm

Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Utusan Malaysia dikenakan tindakan menghina mahkamah berhubung laporan akhbar itu hari ini mengenai perbicaraan kes liwat melibatkan ketua pembangkang itu.

Beliau yang ditemui sebelum meninggalkan perbicaraan hari ini berkata semakan melalui rekod mahkamah dan peguamnya menunjukkan apa yang dilaporkan oleh akhbar itu tidak tepat.

“Dalam kes ini kalau dah ada pertuduhan, biar saya diberi keadilan. Tiada kenyataan yang disebut di muka depan Utusan, maknanya Utusan ini jadi alat Umno. Dia nak lawan depan tak boleh, dia fitnah kotor, biadap dan jijik begini," katanya.

Anwar menuduh Utusan Malaysia yang didalangi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengamalkan taktik berkenaan.

Sementara itu, peguam utama beliau, Karpal Singh, berkata mahkamah perlu bertindak dan merujuk akhbar itu dengan kesalahan menghina mahkamah walaupun ia berlaku di luar mahkamah.

Bernama pula memetik Peguamcara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang berkata apa yang berlaku hanyalah "laporan kurang tepat" tetapi Karpal Singh bertegas ia perbuatan menghina mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata kenyataan Karpal mengenai pemilik akhbar itu juga adalah tidak wajar.

“Ia lebih kepada soal laporan yang tepat atau tidak dan bukannya laporan palsu. Mahkamah perlu diyakini bahawa perbuatan menghina telah dilakukan sebelum tindakan dapat diambil," kata hakim Mohamad Zabidin.

Perbicaraan kemudiannya ditangguhkan selama lima minit bagi membolehkan hakim membuat keputusan.

Apabila disambung semula, hakim Mohamad Zabidin memberitahu pasukan pembelaan Anwar supaya membuat laporan polis jika terdapat perbuatan menghina mahkamah.

Tajuk muka depan Utusan Malaysia hari ini berbunyi "Tak rela diliwat lagi", dengan terdapat gambar Anwar dan Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa Anwar meliwatnya pada Julai 2008.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP