Lebih baik Zahrain letak jawatan ahli parlimen

>> Sabtu, Februari 13, 2010

Anwar kata Zahrain khianat. Saya rasa memang patut Anwar kata Zahrain khianat pasal rakyat pilih dia kerana dia orang PKR. Cuba dia calon Bebas bertanding masa pilihan raya umum 2008, Mac dahulu. Boleh ke dia menang nak lawan BN? Malah mungkin tiga penjuru, mampu ke beliau lawan?

Jadi dia kena faham, rakyat dia tak nak orang Bebas. Mereka nak PKR juga. Kalau tak percaya cuba letak jawatan ahli parlimen, tengok. Berani ke Zahrain?

Kita nasihatkan Zahrain sekali sekala pergilah menadah kitab. Itu kata-kata orang kampung, ada yang kata "pergi mengaji kitab" kerana ilmu tinggi dalam bidang lain tidak jamin membentuk jiwa kita selagi tidak ada ilmu yang membentuk diri kita bersifat amanah. Kalau kita tahu orang beri Zahrain pegang amanah Allah secara tidak langsung bertangungjawab dengan rakyatnya maka Zahrain mungkin fikir dua kali nak jadi Bebas.

Ramai ustaz yang mengajar kat surau dan masjid. Pilih sahaja ustaz yang rasa sesuai (jangan ustaz Umno). Sekali sekala kita kena sufikan hati. Tasaufkan hati. Ihsankan hati kita. Jika tidak payah naluri kita nak lembut lawan kepada lembut ialah hati kita sentiasa keras dan gelap. Bila sampai tahap ni payah kita nak menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

Berikut kata Anwar ulas Zahrain di Malaysiakini:

Anwar: 'Zahrain khianati penyokongnya'
Feb 12, 10 6:44pm

Peletakan jawatan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim daripada PKR merupakan 'pengkhianatan' terhadap mereka yang bertungkus-lumus memenangkannya dalam pilihan raya lepas, kata ketua umumnya.

"Ini belum pernah terjadi, beliau telah mengkhianati semua yang bekerja keras membantunya memenangi kerusi tersebut (Bayan Baru) untuk PKR dan Pakatan Rakyat," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga ketua pembangkang diminta mengulas keputusan Zahrain yang meletakkan semua jawatannya dalam PKR dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas pagi ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Anwar berkata, beliau kesal dengan keputusan Zahrain tersebut.

Beliau juga menambah, segala tuduhan yang dilemparkan Zahrain terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berasas sama sekali.

Anwar juga tidak bersetuju bahawa DAP 'tidak dapat disentuh' dan berkata PKR, PAS dan DAP telah berjaya duduk bersama membincangkan pelbagai isu.

"Semalam baru saja kami bertemu, (Presiden PAS Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, Lim dan saya," katanya.

Anwar bagaimanapun enggan mengulas berhubung soalan sama ada lebih ramai wakil rakyat PKR akan meninggalkan parti itu.

Zahrain sebelum ini memegang jawatan sebagai ketua PKR bagi cabang Bayan Baru.

Sementara itu, timbalan ketua PKR cabang itu M Nyanasegaran - yang juga kawan rapat Zahrain - mengakui berasa sedih terhadap keputusan itu.

Bagaimanapun, Nyanasegaran menambah, cabang itu akan terus bekerja mempersiapkan cabaran menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

"Ini bukanlah penghujung dunia... hidup mesti diteruskan," katanya.

Sidang akhbar Zahrain mahu jadi Bebas:

Zahrain keluar PKR, jadi MP bebas
Jimadie Shah Othman Feb 12, 10 10:14am

Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mengumumkan keluar dari PKR berkuatkuasa serta merta dan menjadi wakil rakyat bebas.

Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar di ibunegara pagi ini - yang disambut dengan laungan "hidup datuk seri" daripada kira-kira sepuluh penyokongnya yang hadir.

Zahrain berkata, beliau akan menjadi ahli parlimen yang bebas sepenuhnya dan tidak mesra BN.

"Tidak. saya tidak bercakap dengan mana-mana pemimpin BN. Umno atau mana-mana (pihak) tidak timbul.

"Saya berdiri dengan prinsip sendiri sebagai ahli parlimen yang bebas," katanya dalam sidang media ringkas kira-kira 10 minit.

Berikutan itu, beliau mengumumkan meletakkan semua jawatannya dalam PKR berkuatkuasa serta merta.

Zahrain berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang sudah kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Mengelakkan "pening kepala"

"Tindakan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng membelakangkan prinsip-prinsip keadilan, hak asasi kemanusiaan dan keadilan semulajadi.

"Usaha pengyingkiran saya sebagai Pengerusi (syarikat kerajaan negeri) Island Golf baru-baru ini adalah bukti jelas amalan politik cauvinis, diktatorial dan berfikiran alakomunis," katanya.

Beliau berkata, keputusannya itu juga kerana sudah hilang keyakinan kepada prinsip keadilan yang diperjuangkan oleh PKR.

"Namun keyakinan dan kepercayaan saya hari ini terhakis dan diselubungi keraguan. Malahan keraguan itu telah mengatasi keyakinan saya terhadap matlamat dan perjuangan yang dibawa oleh PKR khasnya dan Pakatan Rakyat khasnya," katanya.

Zahrain berkata, ia juga merupakan satu keputusan peribadi dan tidak melibatkan rundingan dengan parti-parti lain.

Tambahnya, walaupun beliau pernah menafikan tindakannya akan keluar parti sebelum ini, tetapi perkara tersebut sentiasa bermain-main dalam fikirannya yang membuatkannya mengambil keputusan itu bagi mengelakkan "pening kepala."

Ditanya sama ada beliau akan mencadangkan wakil rakyat PKR yang lain untuk menurut jejak langkahnya, Zahrain menegaskan ini adalah tindakan peribadinya dan dia tidak terlibat untuk memujuk orang lain.

Bekas SUA PKR turut hadir

Ditanya sama ada tindakan beliau disebabkan oleh pembelian ahli parlimen Pakatan seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Anwar Ibarahim, beliau berkata: "Tidak ada beli apa".

Beliau kemudiannya bertanya kembali "16 September itu apa cerita? Saya pun kecewa dengan 16 September (tidak berjaya), tidak timbul isu beli-membeli...," katanya.

Walaupun kecewa dengan Anwar, beliau menegaskan pemimpin tersebut masih merupakan seorang kawannya.

Walaupun pada mulanya Zahrain hanya membenarkan dua soalan diajukan kepadanya, tetapi asakan bertubi-tubi daripada kira-kira 50 pemberita membuatkan beliau akur dan tidak dapat menepisnya.

Turut bersamanya dalam sidang akhbar pagi ini ialah bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehudin Hashim.

Beliau bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen kepada pemberita berhubung kehadiran dan pendirian politiknya atas alasan "ini bukan sidang media saya."

"Ini (Zahrain) kawan saya," katanya yang sering dilabelkan sebagai penyokong setia Anwar sebelum ini.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP