Gaza: Jurucakap Brigade Izzuddin al-Qossam, Abu Ubaidah menegaskan, pertempuran mereka dengan Zionis hanya dalam wilayah Palestin, namun Israel sengaja memperluas konflik itu hingga ke negara Arab.
Dalam kenyataanya kepada InfoPalestin, Isnin (1 Feb), Abu Ubaidah berkata, sejak terdedah bahawa Zionis disebalik pembunuhan komandan Mahmud al-Mabhuh, maka dengan ini al-Qossam berjanji untuk membalasnya.
Mahmud dikatakan dibunuh oleh Mosad iaitu pasukan perisikan Israel dan membunuh pejuang Islam yang mendapat perlindungan di Dubai.
Darah al-Mabhuh tidak akan mengalir sia-sia. Kejahatan Zionis itu harus dibalas. Dengan izin Allah Zionis tidak akan luput daripada pengadilan atas semua kejahatannya. Akan tetapi hukuman yang kami persiapkan untuk mereka disesuaikan dengan waktu, tempat dan dengan cara yang tepat.
Jurucakap al-Qossam ini kemudian menegaskan, gugurnya al-Mabhuh tidak akan memberi kesan sedikit pun terhadap gerakan perjuangan al-Qossam. Di belakang al-Syahid terdapat puluhan komandan yang akan meneruskan perjuangan al-Syahid.
Misi untuk bangsa Arab dan Ummat Islam
Dalam perkembangan lain, gugurnya al-Syahid al-Mabhuh mengandungi misi bahawa Zionis sanggup membunuh siapa sahaja dan dimana sahaja mereka mahu. Yang menjadi sasaran misi ini terutama bangsa Arab dan umat Islam yang membolehkan Mosad berkeliaran di negara mereka. Tindakan ini seharusnya mendapatkan reaksi yang tegas, bahawa mereka telah mempermainkan keamanan dan kedaulatan negara Arab.
Adapun bagi kami, bangsa Palestin tindakan itu merupakan isyarat bagi kami untuk membalas semua kejahatan mereka dengan izin Allah. Apa yang perlu diketahui Zionis adalah, tindakan mereka itu tidak akan membuat rakyat lemah, justeru sebaliknya akan membuat mereka bertambah kuat.
-
0 comments:
Catat Ulasan