Dendam budak-budak, `Tulang Lusuh' yang terkatup

>> Sabtu, Februari 13, 2010

Sekali sekala saya ada ikuti tulisan Tulang Besi terutama dakwaannya tetapi apabila beliau buat aduan dan tersebar kepada media maka saya meniliti laporan tersebut sama ada berasas atau tidak. Rupanya aduan tersebut tidak seteruk mana sebagaimana yang beliau canangkan dalam blog seolah-olah semua sudah musnah.

Kalau tengok empat aduan Tulang Besi sangat jelas setara mana minda beliau. Tidak ada apa yang hebat pun cuma hanya terbit daripada hati dendam kesumat. Kalau Zambry dia akan kata hanya taraf budak-budak. Pasal Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir suka perlekeh dengan berbahasa kepada orang lain `budak-budak'.

Malah aduan tersebut lebih menyerlahkan lagi kegelapan hati beliau. Berfikiran katup (tidak terbuka) dalam dunia yang meraikan pendapat. Jadi Tulang Besi layak dipanggil `Tulang Lusuh'.

Contoh dalam isu kalimah Allah. Dalam hal ini Lim Kit Siang sendiri menghormati pelbagai pendapat tetapi beliau berpegang dan menyetujui pendapat yang beliau rasa lebih sesuai seperti beliau suka kepada pendapat bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Apakah salah berlainan pendapat? Kalau salah maka haramkan mazhab kerana ia lahir akibat pelbagai aliran dan pendapat. Apakah kita hanya mahu terima Syiah sahaja yang betul atau mazhab diiktiraf ahli sunnah wal jamaah. Bagaimana pula dengan mazhab dalam Kristian juga lahir akibat pelbagai pendapat.

Apa akan jadi kalau mazhab itu sahaja kata dia betul, mazhab lain salah? Jemaah itu sahaja yang betul, jemaah lain salah. Barangkali kalau Tulang Besi itu Imam Syafie maka disuruh pengikutnya jangan ikut Imam Malik, Imam Hanafi, Imam Ahmad, Bukhari, Ibnu Hajar, Ibnu Taimiyah dan lain-lain.

Kalau kita tidak setuju dengan pendapat Datuk Dr Harun Din, beliau boleh bermuzakarah dengan Dr Harun Din. Jangan menyekat hak Harun Din menyuarakan pendapat. Lagipun Harun Din sendiri kata itu pendapat beliau sebagai orang Islam bukan atas kapasiti belau sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS. Saya tidak mahu berpegang kepada yang dhaif iaitu perbezaan antara umatku adalah rahmat. Bagaimanapun ada yang lebih jelas, siapa betul ijtihadnya akan mendapat dua pahala sementara yang salah akan mendapat satu pahala.

Apakah kita mahu jadi orang yang menyekat hak para ulama berdiskusi, melahirkan idea dan mengkaji politik semasa sehingga para ulama berbincang pun kita buat aduan kononnya salah. Apakah para ulama mahu dijahit mulut. Kena ikut apa yang Tulang Besi mahu.

Berbincang akan melibatkan kajian yang sudah tentu memakan masa untuk buat rumusan tetapi akibat sikap tidak sabar seperti gopoh mahu tahu keputusan jawatankuasa disiplin menyebabkan ada yang buat tekanan kepada jawatankuasa tersebut. Ini contoh yang berlaku menyebabkan rosak jemaah.

Hanya yang berfikiran sempit sahaja yang sanggup buat aduan seperti itu kononnya salah. Aduan tersebut terdapat pada:

2. Ahli majlis syura ulama PAS telah meluluskan kertas kerja tulisan Dr Haron bertajuk 'Tahaluf Siyasi: Pasca 2008" yang telah membawa kepada perjumpaan-perjumpaan gelap dengan Umno yang juga telah menyebabkan perpecahan dalam PAS. dan

3. Dr Haron melanggar keputusan serta pendirian rasmi PAS dalam isu 'kalimah Allah' dengan menghadiri sebuah forum yang dirasmikan oleh ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Mengenai aduan nombor satu, 1. Dr Hasan dan Nasaruddin telah mendedahkan rahsia parti berkaitan 'bai'ah ta'lik' kepada penulis blog di kediaman pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Sebenarnya bukan hanya tiga pemimpin sahaja yang bercakap dikhalayak umum tentang isu baiah. Mohamad Sabu dan kalau tidak silap saya Husam Musa pun ketika ceramah di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar pun ada bercakap mengenai perkara itu semasa isu tiga ahli dewan undangan negeri PKR di Perak keluar PKR.

Kalau hal ini antara sebab Khalid dihukum maka ia tidak adil. Namun kena tengok sejauh mana kemaslahan kepada jemaah. Apakah pendedahan Hasan Ali dan Nasharuddin disebar kepada umum sedangkan Khalid membuat statement diakhbar dan blog manakala ucapan Mohamad dan Husam ketika itu tidak menjadi isu panas secara umum.

Jadi Tulang Lusuh jangan sempitkan pemikiran akibat kemarahan membara.

Mengenai nombor empat, saya kurang arif sangat. Saya pun malas nak layan perkara yang dibangkitkan Tulang Lusuh kerana hanya remeh temeh walaupun ada asas tetapi bukan sampai dibawa keatas. Ia mudah diselesaikan oleh pemikiran dan naluri kita yang suci tanpa ada rasa dendam dan andaian yang bukan-bukan.

Kalau Tulang Besi baca. Saya nak bagi tahu beliau bahawa saya lebih suka kalau Tulang Besi buat laporan bil pemimpin tidur hotel mewah tu. Saya yang marhaen ini setuju dan sokong sangat dengan Tulang Besi tetapi itu yang saya pelik kenapa bil itu tidak menjadi keutamaan.

Apa dia? Oh! ada orang kata nanti kita dengki? Tak apalah orang tuduh kita dengki kerana kita perjuang hak marhean. Kalau ada sponser agih bagi adil. Jangan bermewah sorang.

Saya teringat kisah para sahabat Nabi saw yang cedera parah selepas perang. Ada sahabat yang cedera parah terlalu dahaga meminta air daripada sepupunya.

Sepupunya itu bawakan air, kemudian terdengar sahabat kedua juga dalam kesakitan meminta air. Lalu sahabat yang dahaga itu menyuruh sepupunya memberikan air kepada sahabat kedua yang memanggil tadi.

Begitu juga bila sepupu itu sampai kepada sahabat kedua, beliau dipanggil pula sahabat ketiga. Maka sahabat kedua suruh beliau berikan air pada sahabat ke tiga.

Bila sepupu itu sampai kepada sahabat ketiga, tidak sempat beliau tungkan air sahabat ketiga sudah syahid. Beliau kembali dapatkan sahabat kedua. Sahabat kedua juga syahid. Kemudian beliau berlarikan kepada sepupunya. Sahabat pertama tadi pun syahid juga.

Apa pengajarannya? Kalau tidak nampak juga memang gelap hati. Ini sirah yang mahu menunjukkan hati para sahabat lebih mementingkan sahabatnya yang lain daripada diri sendiri. Bayangkan dalam saat dahaga yang amat sangat dan hampir maut itu mereka sanggup tolak untuk kepentingan diri kepada sahabat mereka.

Ini yang sukar dicari oleh umat Islam sekarang. Baik pemimpin atau marhaen. Pasal itu kita payah menang kerana masing-masing mahu kaut untuk diri sendiri.

Benda ini tidak dapat pada jiwa saya tetapi saya doakan supaya kita masuk dalam golongan sahabat tersebut. Pada Tulang Besi pun saya tak nampak dia ada pasal dia pernah digosip dengan CEO syarikat. Ya atau tidak, itu kena tanya dia. Saya ada sumber daripada orang yang boleh dipercayai juga tetapi bagi saya kalau dia layak apa salahnya.

Laporan penuh beliau di Malaysiakini:

'Tulang besi' adu salahlaku pemimpin PAS
Abdul Rahim Sabri Feb 12, 10 12:11pm

Seorang penulis blog yang juga ahli PAS mengemukakan aduan kepada ibupejabat PAS hari ini terhadap tiga pemimpin kanan parti itu berhubung isu 'bai'ah ta'lik', isu kalimah Allah, kerajaan perpaduan dan pelanggaran usul muktamar PAS.

Tiga pemimpin PAS yang dinamakan dalam aduan tersebut ialah timbalan presiden, Nasaruddin Mat Isa; timbalan mursyidul am, Datuk Dr Haron Din dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Penulis blog tersebut, Abdul Rahman Abdul Talib yang lebih dikenali sebagai 'Tulang Besi' mengemukakan empat aduan terhadap mereka, dengan mendakwa:

1. Dr Hasan dan Nasaruddin telah mendedahkan rahsia parti berkaitan 'bai'ah ta'lik' kepada penulis blog di kediaman pesuruhjaya PAS Selangor itu.

2. Ahli majlis syura ulama PAS telah meluluskan kertas kerja tulisan Dr Haron bertajuk 'Tahaluf Siyasi: Pasca 2008" yang telah membawa kepada perjumpaan-perjumpaan gelap dengan Umno yang juga telah menyebabkan perpecahan dalam PAS.

3. Dr Haron melanggar keputusan serta pendirian rasmi PAS dalam isu 'kalimah Allah' dengan menghadiri sebuah forum yang dirasmikan oleh ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

4. Dr Hasan telah menyebarkan fitnah dan penipuan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, justeru melanggar usul muktamar PAS di Shah Alam dan Ipoh.

Tulang Besi yang baru tiba dari Indonesia berkata, beliau menyerahkan empat aduan tersebut bersama-sama sekeping cakera padat yang mengandungi bukti berbentuk audio berhubung salahlaku pemimpin kanan PAS tersebut.

Aduan tersebut diserahkan kepada Setiausaha Kerja PAS Pusat, Abdul Rahim Saidin di pejabat parti itu kira-kira jam 10.45 pagi ini.

Dalam sidang media selepas menyerahkan aduan tersebut, beliau berharap dengan aduan tersebut, pihak PAS membuat siasatan dan mengambil tindakan yang tegas.

"Tanggungjawab untuk menjaga parti daripada dilanda masalah displin terletak kepada semua orang, tidak hanya terletak kepada orang bawah sahaja. Kalau orang bawah boleh displin, orang atas kena lebih displin," katanya.

Abdul Rahman berkata perjumpaan Dr Hasan dan Nasaruddin dengan penulis blog dari Umno dan PAS di kediaman pesuruhjaya PAS Selangor itu, berlangsung pada 25 Oktober tahun lalu.

Dalam pertemuan tersebut, mereka didakwa mendedahkan rahsia parti berhubung bai'ah ta'lik kepada penulis blog tersebut.

Bai'ah adalah sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika calon-calon PAS yang menang mengkhianati parti - bagi mengelakkan risiko mereka lompat parti.

Tulang Besi juga dilaporkan sebelum ini menyiarkan rakaman audio tersebut di dalam blognya, November tahun lalu.

Mengulas mengenai aduan kedua, Abdul Rahman mendakwa keputusan Majlis Syura Ulama pada 24 April 2008 yang meluluskan kertas kerja yang ditulis Dr Haron Din itu.

Katanya kertas kerja tersebut adalah "satu titik tolak pepecahan dalam PAS" yang mencadangkan supaya "mengadakan perbincangan dengan Umno".

Bagaimanapun, kata Abdul Rahman, keputusan tersebut melanggar perlembagaan parti kerana "Majlis Syura Ulama tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan seperti itu" dan " tidak pernah dirujuk kepada jawatankuasa kerja PAS Pusat".

"Keputusan itu tidak mewakili Majlis Syura Ulama. Setakat yang dimaklumkan kepada saya, tidak ada minit mesyuarat. Mungkin ia hanya perbincangan biasa... Ia tidak dibincang dalam mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat," katanya.

Mengulas mengenai tindakan Dr Haron yang menyertai sebuah forum yang dianjurkan oleh 30 NGO berhubung isu 'Kalimah Allah', Abdul Rahman berkata tindakan tokoh agama itu telah "melanggar pendirian rasmi PAS tentang isu kalimah Allah yang diputuskan pada 5 Januari lalu".

Dalam aduannya, Abdul Rahman menyifatkan kehadiran bekas ahli panel Forum Perdana Islam itu dalam forum tertutup yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 13 Januari lalu adalah "satu bentuk sokongan yang jelas kepada keputusan NGO" yang menyatakan penggunaan kalimah itu adalah hak eksklusif orang Islam sahaja.

Berhubung aduan keempat, Dr Hasan didakwa menyebarkan fitnah tentang Pakatan Rakyat di Selangor, dalam pertemuannya dengan penulis blog Umno dan PAS pada 25 Oktober itu.

Dalam aduannya, Abdul Rahman memberi contoh fitnah yang disebarkan adalah berhubung isu projek "Plug And Play" di Selangor.

Berdasarkan rakaman audio itu, Abdul Rahman mendakwa Hasan Ali menyatakan tiada elemen dan kepentingan bumiputera dan Melayu sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melaksanakan projek ini.

"Tindakan Dr Hasan jika tidak dibendung, akan berlaku pepecahan (dalam Pakatan Rakyat)," katanya.

Ditanya sama ada beliau bersedia untuk menerima sebarang tindakan displin berhubung pendedahan berani ini, Abdul Rahman berkata:

"Saya sanggup menerima apa-apa risiko. Saya berpihak kepada kebenaran dan saya ada bukti. Parti harus dijaga. Saya tidak takut".

Abdul Rahman berkata beberapa aduan berhubung perkara tersebut sebelum ini pernah dikemukakan kepada pejabat agung PAS dan jawatankuasa displin parti melalui emel sejak November lalu.

Bagaimanapun tidak ada maklum balas berhubung aduan beliau itu, tambahnya.

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP