Di Ramallah para demontrasi bantah tembok pemisah digempur dengan gas pemedih mata dan peluru getah oleh Israel. Jadi rupanya demontrasi rakyat Malaysia pun terima nasib sama macam rakyat Palestin. Kalau rakyat Palestin sama nasib rakyat Malaysia, jadi Israel yang kejam buli rakyat Palestin itu sama macam siapa? Jawab Perdana Menteri ku, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ramai aktivis perdamaian dan solidariti asing pengsan dan sesak nafas akibat tindakan kekerasan Israel berusaha menyuraikan para demontrasi anti tembok konkrik pemisah di Belen, Ramallah.
Pada Jumaat (22 Jan) menurut saksi, Isham Al-Juaidi dari Jericho tercedera serius di kakinya setelah dihalau secara paksa oleh pasukan Zionis.
Sementara itu, Maryam Abu Kholid dari Al-Agwar mengalami sesak nafas akibat tembakan gas pemedih mata pasukan Zionis.
Tunjuk perasaan dianjurkan kalangan rakyat bagi menyatakan bantahan mendirikan tembok rasial di satu kawasan di Belen.
Demontrasi mula bergerak selepas selesai solat Jumaat dan kemudiannya diikuti aktivis perdamaian dan sukarelawan asing. Sebahagian besar mereka adalah penduduk Belen dan daripada Jericho.
Demontrasi berkumpul dipintu Barat tembok pemisah di Belen. Para demonstrasi mengibarkan bendera Palestin di sertai kecaman keras kepada Israel.
Sebagian besar peserta tunjuk perasaan menyeru ditingkatkan persatuan nasional dalam rangka menghadapi serangan biadab Israel disamping menyokong perjuangan dan menentang tembok rasial serta pernaklukan.
Saksi juga memberitahu, tiba-tiba pasukan Zionis menembak gas pemedih mata disertai tembakan peluru getah dan timah kearah para demontrasi sebelum mereka disuruh berpindah ke dalam wilayah perbatasan Belen.
Pasukan Israel dan beberapa orang yang memakai baju Arab di sebelah yang lain bersiap dan berjaga untuk mengepung dan menangkap para demontrasi tersebut.
Mereka kemudiannya menyerbu dan berjaya menangkap salah seorang penunjuk perasaan. Akhirnya mereka dapat mengusir para pemuda ke dalam wilayah Belen. (Infopalestin)
0 comments:
Catat Ulasan