Orang desak tangkap yang buat auna dan bakar gereja tapi alih-alih dia tangkap yang dok main suka-suka kat facebook.
Entah budak tu bergurau ke apa tiba-tiba dah jadi bahan serius. Kan kes naya tu.
Lain yang orang suruh lain yang dia buat. Kita harap pihak polis jangan jadi bahan politik Umno. Biar kita serius tangani keselamtan negara.
Berikut laporan Bernama berkaitan:
Tasyrif mengaku tidak bersalah 'ancam' di Facebook
Pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Jumaat lepas tanpa pengakuannya direkodkan berhubung dakwaan menggunakan aplikasi dalam Internet untuk mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keselamatan orang lain, membuat pengakuan tidak bersalah terhadapa pertuduhan itu hari ini.
Pengakuan Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, dilakukan di hadapan Hakim Aslam Zainuddin selepas pertuduhan dibacakan. Mahkamah menetapkan 4 Mac ini untuk sebutan semula kes itu.
Mohamad Tasyrif didakwa menggunakan aplikasi Internet itu secara sedar untuk memberi komen di laman Facebook dengan niat untuk mengganggu orang lain dengan menggunakan akaun pengguna, Shahrul Maizam, dengan menulis "ke nak aku baling bom petrol di sana plak?...harga boleh runding..."
Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah bernombor B10-17-20, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, Petaling Jaya pada 10 pagi 10 Januari lepas.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Peguam bela Mohd Radzlan Jalaludin ketika memohon agar wang jaminan RM10,000 yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan yang diwakili timbalan pendakwa raya Amirah Mohamed Yusuff dikurangkan, berkata ini adalah kerana Mohamad Tasyrif masih seorang pelajar tahun pertama semester kedua jurusan perfileman di Aswara.
Aslam membenarkan Mohamad Tasyrif diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.
Ayahnya Tajuddin Awang, 51, pembantu awam di sebuah sekolah, selaku penjamin menjelaskan jaminan itu.
-
0 comments:
Catat Ulasan