(Gambar: Puluhan ribu hadir mendengar penjelasan Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berhubung hak Kelantan mendapat royalti minyak)
Rakyat Kelantan dinafikan royalti. Kata Tengku Razaliegh Hamzah, royalti Kelantan sudah cecah 2 billion sejak minyak ditemui di Kelantan pada 2008.
Maknanya bukan susah pun untuk kayakan rakyat miskin di Kelantan, bagi sahaja royalti tetapi kalau Najib bagi wang ihsan bererti dia bagi sama sejenis dengannya maka duit tu boleh hangus macam tu je seperti di Terengganu rakyatnya sampai sekarang tetap miskin.
Kenapa Najib susah sangat belanja duit untuk rakyat sedangkan begitu mudah dilaburkan bagi projek Formula 1 (F1) Malaysia untuk kepentingan beberapa kerat orang.
Lagi kata kerajaan Najib, Formula 1 (F1) Malaysia adalah pelaburan swasta bukan wang kerajaan.
Jangan auta Najib kalau tiada jaminan kerajaan siapa mahu labur. Lagipun yang banyak lebur duit Petronas. Syarikat lain macam Proton, Naza Group, Air Asia, Lotus Car dan lain-lain tu sampingan je. Nak bagi rakyat kelabu kononnya wang kerajaan tidak terlibat apa susahnya beri peruntukan kerajaan banyak-banyak kepada syarikat terbabit. Untungnnya syarikat itu juga tetapi duit rakyat kering habis. Rakyat pula tak boleh apa.
Barangkali nanti duit royalti Kelantan yang sepatutnya diterima rakyatnya rupanya telah dilebur ke situ.
Macam Terengganu sejak royalti ditukar wang ihsan, banyak duit hilang. MB Terengganu nak tuntut tetapi Najib buat dono je.
Berita berkaitan:
Ku Li: Kelantan berhak dapat royalti minyak
M Faqih
KOTA BHARU, 28 Jan: Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.
Ucapannya yang berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam.
Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.
Sejak petang lagi, stadium penuh sesak dengan kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan untuk mengikuti penjelasan royalti minyak yang disampaikan oleh Ku Li.
Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Orang ramai juga dihidangkan dengan tayang klip video oleh Gegar pada sesi pertama anjuran Urusetia Penerangan Negeri Kelantan.
Majlis bertambah meriah dengan perarakan beca memasuki stadium yang membawa Ku Li dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
0 comments:
Catat Ulasan