Najib diminta sertai Barat hentikan sekatan Israel

>> Rabu, Januari 27, 2010

Selepas Ahli Parlimen Eropah mengunjungi Semenanjung Gaza dan menyatakan kesediaannya memohon bantuan pemerintah supaya menekan Israel bagi menghentikan sekatan dan kepungan tidak berperikemanusiaan keatas Gaza.

Ia kemudiannya diikuti pula para anggota Kongres Amerika Syarikat meminta Presidennya Barack Obama melakukan tekanan kepada entiti Zionis dalam rangka menghentikan sekatan Israel yang dikenakan kepada Semenanjung Gaza selama hampir empat tahun.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta memainkan peranan aktif bagi menggerakkan pemimpin negara sebelah Timur untuk menekan Israel supaya menghentikan sekatan tersebut.

Di Washington, sebagaimana dilaporkan Infopalestin, seramai 54 anggota Kongres Amerika telah menandatangani kenyataan dengan menyifatkan sekatan Israel keatas Gaza telah menghalang pertubuhan bukan kerajaan dan kumpulan tertentu untuk menghantar bantuan kepada penduduk Gaza.

Kenyataan tersebut disebarkan melalui `Radio Sawa' Amerika, Selasa (26 Jan) lalu, turut mengatakan bahawa sekatan di Semenanjung Gaza itu dengan alasan menghentikan perbuatan keganasan adalah bentuk hukuman kolektif terhadap warga Palestin di situ.

Di samping 54 anggota kongres Amerika, turut menandatangani pernyataan tersebut ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan hak asasi manusia, seperti "American for Peace" dan “U.S. Task Force for Palestine".

Mereka memuji keputusan Presiden Obama yang mengaplikasikan $300 juta untuk memulihkan Semenanjung Gaza selepas perang yang dilakukan Israel berakhir pada bulan Januari 2009.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP