Bunuh diri dalam angkatan tentera darat Amerika Syarikat menempa sejarah dan rekod baru pada tahun 2009. Tidak kurang dari 160 tentera AS telah membunuh diri, menurut laporan ketenteraan AS.
Mereka menyebut 2009 sebagai "tahun yang menyakitkan." Pemimpin angkatan darat AS telah memperingatkan bahawa peningkatan bunuh diri cukup tinggi berbanding tahun sebelum 2009 iaitu seramai 140 orang.
Bagaimana mereka berkata punca dan sebab bunuh diri meningkat pada 2009 belum diketahui.
"Tidak ada pertanyaan bahawa 2009 merupakan tahun menyakitkan bagi tentara kerana banyaknya kes bunuh diri," kata Kolonel Christopher Philbrick, wakil pengarah pasukan bertugas pencegahan bunuh diri.
Sepuluh kes dugaan bunuh diri pada bulan Disember terjadi pada tentera yang masih aktif bertugas.
Diyakini yang membuat depresi para tentera ini adalah tekanan berat akibat bertahun-tahun perang di Iraq dan Afghanistan. Selain itu juga masalah perkahwinan.
Namun menurut penelitian militia itu sendiri, terdapat setengah kes tindakan membunuh diri bukan disebabkan selalu atau tertekan kerana bertempur dengan musuh di Afghanistan dan Iraq.
Nampaknya penyebab bunuh diri banyak dan bervariasi, daripada yang tidak berasas atau berasas.
Dianggarkan satu pertiga daripada tentera yang bunuh diri adalah mereka yang belum pernah dikerahkan sama sekali dalam misi di Afghanistan atau Iraq. (sa/ia)
-
0 comments:
Catat Ulasan