Najib boleh selamatkan AdukaTaruna

>> Isnin, Januari 25, 2010

Orang Umno antara yang suka membaca blog AdukaTaruna kerana dia lebih gemar menulis negetif tentang PAS berbanding Umno. Orang Umno yang tidak tahu pun jadi tahu kerana aduka berjaya lodeh seluar dalam PAS.

Kalau aduka mahu selamat, bermula hari ini tambah posting agenda serangan PAS dan pemimpin PAS, sudah pasti ICT Umno akan bantu rekmen kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai blog special brand Umno. Kalau aduka mahu boleh tambah peruntukan.

Title Blog wok yet. Orang berblog sukar dapat anugerah tu tetapi aduka mudah-mudah dapat. Bila lagi mahu ranking?

Namun nasib aduka belum tentu baik kalau Umno tidak minat senaraikan sebagai SB Umno. Bagaimanapun aduka jangan bimbang jawatan itu banyak kosong terutama menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.

Sebelum ini, saya ada psoting tetang penulisan blog iaitu kebiasaan orang menulis berdasarkan maklumat. Oleh kerana penulis banyak maklumat tentang PAS maka dia tulis tentang PAS. Apabila dia melihat keburukan tentang PAS maka ditulis kerana bersumberkan hasil berkawan dengan orang PAS dan menyokong PAS.

Walaupun aduka berslogan pemerhati bebas tetapi kerana banyak sumber dari situ maka terdedah penulisan yang berbentuk kritikan dalaman PAS. Maka nampak sangat blog aduka macam orang PAS ditambah lagi logo ada sebut PAS.

Kalau aduka pemerhati bebas kena buang logo PAS supaya tidak nampak bias kepada PAS atau apa-apa bentuk yang menampakkan PAS kecuali iklan. Selepas itu boleh hentam dan henyak PAS habis-habisan.

Aduka kena profesional jika aduka Ahli PAS dalam mendedahkan perkara sama ada berbentuk dalaman yang tidak layak disiar atau sebaliknya.

Bukan semua perkara kita boleh tulis. Kalau ada aib dalam keluarga kita apakah kita mahu dedah kepada orang ramai walaupun aib itu cukup amat tidak menyenangkan kita.

Apakah orang ramai boleh membaiki keluarga kita? Mungkin ada tetapi ramai mempersendakan dan menghina kita.

Jadi baiki secara dalaman atau perbincangan keluarga. Barang siapa aibkan orang lain, Allah akan aibkan diri kita. Jika kita menutup aib orang lain Allah akan tutup aib kita.

Berikut laporan berkaitan:

Pasukan khas siasat blog hina Almarhum Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU: Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com itu.

"Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah," katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.

Mohd Mokhtar berkata, kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948.

3 comments:

Tanpa Nama,  25 Januari 2010 pada 11:43 PTG  

Nan, mung pun tulis pakai hentam je. lama akau tak tengok mu, kawan mung siusop anak awang lijah tu kerja apa lening? Mung dok duane lening?

Tanpa Nama,  25 Januari 2010 pada 11:45 PTG  

usop dulu kerja kat gebeng, aku tanya kawan dia, kawan dia kata dah kaya jadi jutawan DINA. Kereta BMW tu dah nak upgrade jadi baru

Nan al-Binjai 26 Januari 2010 pada 9:36 PG  

Terima kasih sahabat tapi payah nak cam nie. Boleh bagi klu ke apa baru boleh agak-agak ataupun ym boleh cite gak

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP