RM360 juta untuk piala monsun di Kuala Terengganu. RM300 juta lebih untuk kereta lumba F1. Semua untuk kepentingan dua tiga kerat pemimpin Umno dan kroninya.
Namun bila gula untuk kepentingan awam dan hak orang ramai terutama rakyat miskin kerajaan tidak mengeluarkan wang untuk stabilkan harga supaya tidak naik sebanyak 20 sen sekilo. Mana hilang teropong hikmat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sehubungan itu saya teringat kesungguhan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Mazlan yang turun padang tidur di rumah penduduk kampung ketika baru dilantik timbalan menteri. Wah...! ini dah kira hebat boleh kalah pakatan rakyat.
Bunyi khabarnya kerja beliau tu hangat taik ayam sahaja dan dia dikatakan lebih seronok bergelumang dengan air-con di rumahnya daripada berkipas di rumah rakyat. Kawan saya beritahu nama je rumah rakyat tetapi beliau tinggal di rumah JKKK yang ada brand.
Barangkali sebab itu matlamak dia tidak tercapai kerana JKKK nak ambl kesempatan bodek timbalan menteri. Bertambah parah lagi ada JKKK sampai bergaduh berebut supaya tinggal dan tidur di rumah mereka. Apa tidaknya... dapat peruntukkan.
Sebab tu cerita turun padang sudah tak dengan khabar lagi. Mungkin juga kerana itu kerajaan sudah tidak dengar hal rakyat. Rintihan rakyat dia tidak tahu. Kalau yang turun padang tu pun hanya singgah kat rumah JKKK..., belum sampai ke lumpur pun.
Hok yang miskin menteri tak sempat jengah. Kalau ada pun ditutup puak JKKK kerana malu kampung mereka ada miskin. Sebab itu yang miskin terus melarat dan pembuat dasar pulak langsung tidak mengerti perasaan rakyat.
Orang miskin berpendapatan kecil sangat terasa kenaikan harga gula walaupun 20 sen kerana pada mereka 10 sen pun ada nilai berbanding puak menteri RM100 pun tidak benilai. Sering kita dengar apa la ada pada RM10.
Berita melaporkan peniaga minuman dikesan mula naikkan harga.
KUALA TERENGGANU: Sudah ada peniaga minuman di sekitar bandar ini dikesan menaikkan harga jualan mereka dengan alasan harga gula dinaikkan baru-baru ini.
Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDKK) Terengganu, Abdul Ghani Harun berkata peniaga beberapa kedai makan, warung dan restoran itu dikesan menaikkan harga minuman bergula sehingga 10 sen secawan.
"Setakat ini 10 kes kenaikan harga minuman dikesan. Kesemua peniaga terlibat akan dikenakan tindakan lanjut sama ada didakwa di mahkamah atau dikenakan kompaun.
Harga gula naik 20 sen sekilogram bermula 1 Januari lalu.
Abdul Ghani berkata, operasi semalam melibatkan 30 pegawai penguatkuasa dibuat di beberapa lokasi terpilih sekitar kawasan bandar dan akan diteruskan ke seluruh negeri.
Beliau meminta pengguna membuat aduan segera ke pejabat KPDKK jika mendapati peniaga menaikkan harga minuman. - BERNAMA
Orang yang ada duit sikit siapa kata tidak tertekan dengan kenaikan harga gula terutama mereka yang mempunyai anak ramai. Bila kita terbaca ada yang terpaksa buat kueh untuk anak-anak kerana tidak mampu beli di kedai maka perasaan kita bertambah sayu.
Bukan tidak boleh beli kueh di kedai tetapi tidak cukup untuk mengisi perut yang ramai. Jadi terpaksa buat kueh sendiri. Sebaliknya bila harga gula naik kepada RM1.65 maka bebanan mereka bertambah.
Harga RM1.65 itu pada nama sahaja tetapi kebanyakkan kedai menjual RM1.70. Sekali lagi peruncit kata: "Apa la ada pada 5 sen." Anak kita nak minta cucur (baki) pun jadi malu.
Berikut berita orang kampung daerah saya mengadu pada Bernama tetapi apakah kerajaan mendengar rintihan kita:
Golongan Berpendapatan Rendah Minta Kerajaan Kaji Semula Harga Gula
KEMAMAN - Kerajaan diminta mengkaji semula harga gula yang dinaikkan sebanyak 20 sen bagi setiap kilogram berkuatkuasa 1 Jan lalu. Pengumuman yang dibuat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu,
disambut dengan perasaan terkejut pengguna dan peniaga yang rata-ratanya menganggap langkah itu akan menimbulkan banyak kesan negatif.
Kebanyakan pengguna dan peniaga di negeri ini yang ditemui Bernama menganggap kadar kenaikan 20 sen itu adalah terlalu tinggi terutama bagi golongan berpendapatan rendah.
Bagi Zahari Awang, 39, seorang nelayan di Pantai Kemasik, di sini, kenaikan harga gula akan menambah lagi beban sedia ada dalam menyediakan keperluan harian kepada keluarga.
"Mungkin bagi sesetengah orang, jumlah 20 sen tu tak beri kesan apa-apa, tetapi dengan hanya bekerja sebagai nelayan, pendapatan saya tidak seberapa.
"Sebelum ini kalau kami anak beranak nak makan kuih, isteri saya terpaksa buat sendiri untuk jimatkan kos, kalau beli kuih di kedai, sekarang ni empat keping RM1, memang tak cukup untuk anak-anak yang seramai enam orang. Lepas ni tentu harga kuih pun naik lagi sebab harga gula dah naik," katanya.
Justeru, beliau meminta kerajaan mengkaji semula keputusan berkenaan atau sekurang-kurangnya tidak menaikkan harga bahan asas itu sehingga 20 sen sekilogram.
Seorang peniaga kedai runcit di pekan Paka, Mohd Hanafi Yusof 45, pula menjangkakan harga barangan lain terutama makanan dan minuman yang berkait secara langsung dengan gula, akan turut naik.
"Kalau harga gula naik, semua barang lain juga akan naik. Kedai-kedai makan, warung juga akan naikkan harga pada bila-bila masa kerana kuih dan air naik kerana gula keperluan asas, itu yang berlaku sebelum ini," katanya.
Pengusaha restoran Zuraidah Abdullah, 30, berkata beliau terkejut dengan kenaikan harga yang disifatkan mendadak dan terlalu tinggi.
"Biasanya harga untuk 24 kampit gula satu kilogram setiap sekampit hanya RM34 namun kini harganya dah naik kepada RM39. Bagi saya harganya naik tinggi sangat," katanya.
Katanya setakat ini beliau tidak berhasrat untuk menaikkan harga makanan di restorannya namun langkah itu mungkin terpaksa diambil berikutan peningkatan kos yang terpaksa ditanggungnya.
Sementara itu Naib Yang Dipertua Persatuan Pengguna Terengganu Othman Abdullah berkata, kenaikan harga 20 sen sekilogram itu disifatkan agak tinggi.
"Kita tidak nafikan keperluan kerajaan untuk menaikkan harga bahan itu. Tetapi kalau boleh, kurangkan sedikit, jangan sampai 20 sen kerana dalam keadaAn sekarang ia begitu tinggi," katanya dan menurutnya keadaan itu akan memberi kesan kepada orang ramai terutama penduduk miskin yang tinggal di kampung-kampung.
Kenaikan harga sebanyak 20 sen itu menjadikan harga bahan berkenaan naik kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung dan RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak.
KPDNKK bagaimanapun menegaskan kerajaan masih menanggung kos subsidi gula yang besar sebanyak RM1.008 bilion walaupun selepas harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen.
Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Mohd Zain Mohd Dom ketika mengumumkan perkara itu berkata, kenaikan harga gula tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan harga gula mentah dunia terutama sejak Ogos lalu.- Bernama
-
0 comments:
Catat Ulasan