KhanYunis – Rabu 20/01/2010: Pemimpin dan anggota fraksi Hamas di badan perundangan, Dr. Yunis Astal menyifatkan peningkatan keruntuhan tanah di sekitar al-Aqsha menunjukkan bahawa penebukan terowong Zionis telah sampai kepada batas berbahaya, yang boleh mengancam kiblat pertama kaum muslimin.
Beliau berkata: "Daripada masa ke semasa terus terjadi mendapan di sekitar Masjid al-Aqsha. Ini membuktikan terdapat banyak terowong di bawah Masjid al-Aqsha dan sekitarnya. Hal ini mengancam keruntuhan banyak rumah dan institusi, dan menambah bahaya dan penghancuran masjdi al-Aqsha."
Beliau menekankan bahawa: "Realiti penggalian, ancaman dan perjanjian yahudinisasi Zionis yang selaras dengan mengosongkan kota al-Quds daripada penduduk asalnya tidak akan terjadi sekiranya tidak ada konspirasi yang dilakukan autoriti Abbas – Dayton dan bantuannya kepada penjajah untuk mengekang perjuangan dan memburu mereka di Tebing Barat."
"Perang pembasmian dan persepsi yang dilakukan oleh pasukan Abbas di Tebing Barat membuat penjajah Zionis aman daripada serangan balas. Daripada situ kita melihat hari ini bagaimana mereka mengejar masa melakukan yahudinisasi kota al-Quds secara keseluruhan, di tengah ketidakpedulian pihak autoriti (Ramallah) keatas apa yang dilakukan penjajah Zionis di masjid Al-Aqsha."
Beliau menegaskan gerakan Islam perlu bersiap untuk membela kiblat pertama itu dan menyeru bangsa Arab dan umat Islam untuk menghentikan kejahatan pemusnahan kota al-Quds serta perlu mengambil langkah tertentu untuk melindunginya daripada keganasan Zionis. (asw - Infopalestin)
-
0 comments:
Catat Ulasan