Alamak! Khalid silap sasaran

>> Jumaat, Januari 29, 2010

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kalau hendak menjatuhkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sepatutnya buat repot kepada kerajaan negeri Selangor kerana tindak tanduk Hasan membelakangkan semangat persefahaman kerajaan negeri dan kerajaan negeri sepatutnya siasat dan hukum Hasan.

Apabila laporan itu dibuat kepada PAS maka siasatan dibuat sebaliknya Khalid yang kena gantung 6 bulan. Sementara Hasan hanya diberi amaran bertulis, berkuat kuasa hari ini.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas mesyuarat petang ini.

Selepas ini Khalid boleh buat laporan kepada kerajaan Selangor baru adil. Ini kerana Khalid digantung jawatannya didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS. Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Pengerusi Lajnah Politik PAS Pusat

Pasal apa Khalid yang kena... Orang ingat Hasan yang kena. Keputusan terbalik.

Berkata sumber, "Sebab Khalid menjatuhkan imej parti tetapi dalam isu Hasan bukan mencalarkan parti tetapi imej kerajaan Selangor."

Khalid dikatakan mendedahkan laporan mesyuarat Perhubungan PAS Selangor dan membuat kenyataan media yang menjatuhkan imej PAS.

Manakala Hasan didapati bersalah kerana mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan Pemangku Pengurus Besar PKNS, Madam Liow Siew Moi.

Pelantikan Liow dibuat oleh Menteri Besar Selangor dan itu hak Menteri Besar sebagai exco jika tidak setuju mesti selesaikan dengan Menteri Besar bukan kepada pihak media dan orang luar.

Kata Wan Mutalib, Khalid mengkritik dan mendesak Hasan meletakkan jawatan dimuatkan kedalam blog serta kenyataan media dan akhbar arus perdana. Sedangkan Hasan mengkritik Selcat... Selcat itu berkait dengan kerajaan negeri bukan PAS.

Saksi yang melihat muka Hasan Ali dalam sidang akhbar pengumuman itu pucat lesi dan menggeletar tetapi Khalid menghantar wakilnya Cikgu Izham. Khalid dilaporkan pergi umrah dengan Dr Mariah.

Jadi kalau nak hukum Hasan kerajaan negeri kena siasat bukan PAS dan itu terpulang kepada kerajaan negeri.

Sekarang kedua-dua itu tidak boleh membuat kenyataan media yang merugikan kerajaan pakatan rakyat manakala Khalid juga tidak boleh membuat kenyataan media yang merugikan PAS.

Menurut sumber lagi Khalid mengaku dia buat silap masa disoal siasat. Dia mengaku dia silap mengkritik Datuk Hasan secara terbuka.

"Ini adalah urusan parti yang mesti diselesaikan dalam parti iaitu antara Khalid dengan Dato' Hasan, bukan mendesak beliau meletakkan jawatan exco," jelasn Wan Mutalib.

Menurut beliau lagi, Khalid telah mendedahkan kerahsiaan parti dalam blog iaitu sebahagian perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat Perhubungan PAS Selangor. "Itu adalah hak Badan Perhubungan PAS yang tidak boleh didedahkan melainkan dengan keizinan Badan Perhubungan PAS itu sendiri."

Ada yang memaklumkan ramai yang tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Namun ada pula sumber macam gertak kemungkinan ada lagi pemimpin PAS kena soal siasat.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP