Erdogan kecam Israel langgar 100 resolusi PBB

>> Rabu, Januari 13, 2010

Istanbul, Turki: Perdana Menteri Turki, Receb Tayyip Erdogan mengkritik keras Israel kerana tidak merealisasikan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) dan terus menceroboh teritorial udara Lebanon dan dan menyerang Semenanjung Gaza.

Dalam perjumpaan wartawan bersama PM Lebanon Sa’d Hariri di Ankara petang Isnin (11 Jan), Erdogan menegaskan, Turki tidak akan berdiam terhadap Israel melanggar resolusi antarabangsa terutama pencerobohan terhadap teritorial udara dan perairan internasional Lebonan.

Beliau berkata, menterinya akan memperingatkan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barack ketika berkunjung ke Turki minggu depan agar tidak melanggar perdamaian antarabangsa.

Erdogan menimbulkan tiga warga Palestin yang gugur dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza beberapa hari lalu dan turut mempersoalkan penyebab Gaza masih dihujani bom.

“Apakah anda mendakwa mereka (Semenanjung Gaza) melepaskan serangan roket? Kami mengamati itu dan tidak ada pelepasan serangan roket” tegas Erdogan.

Beliau menilai Israel melakukan itu kerana kekuatan Israel yang menganggap dirinya paling hebat di rantau Arab kerana memiliki sesuatu yang tidak dimiliki oleh pihak lain.

“Dari situ Israel bertindak semuanya tanpa mematuhi resolusi PBB” ujar Erdogan kesal.

Erdogan menyerukan agar PBB direformasi sebab resolusi yang dikeluarkannya tidak diterapkan oleh Israel sehingga sudah mencapai 100 resolusi.

“Itu artinya resolusi itu tidak ada gunanya dan tidak ada nilainya. Masalah ini berat sehingga dituntut ada reformasi PBB” imbuhnya.

Mengenai ancaman Amerika yang menegaskan bahawa tidak mungkin mengulangi pengalamannya di Iraq, Erdogan menegaskan, jika itu kerana tudingan Iran memiliki senjata nuklear, maka Turki tidak menyokong negara manapun yang memiliki senjata nuklear.

Namun beliau mengingatkan bahawa Israel juga memiliki senjata nuklear tetapi tidak dikritik sehingga ini ada double standart yang menjadi masalah sebenar.

PM Turki itu menyifatkan, lima negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB harus menangani masalah nuklear dengan adil kerana perkara itu akan mengundang kekacauan yang bukan sahaja berpengaruh kepada kawasan tertentu bahkan seluruh dunia.

Lima negara itu harus mengingatkan dan mengkritik Israel atas kepemilikan senjata pemusnah dimana mereka sudah menggunakannya di Semenanjung Gaza, yakni posfor putih dimana tidak ada seorang pun yang menyangkal sebagai bukan senjata pemusnah massal.

Sementara itu, menjawab serangan Erdogan itu, kementerian luar negeri Israel mengeluarkan kenyataan rasmi mengecam keras statement PM Turki itu.

“Kritiknya yang tajam dan berulang-ulang boleh mengancam hubungan bilateral” Padahal, Israel menghormati Turki dan ingin melanjutkan hubungan damai namun itu tidak mendapat respon serupa daripada Turki, tegas kementerian luar negeri Israel. (bn-bsyr)

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP