Khalid: Jangan jual tanah

>> Rabu, Januari 27, 2010

Sungai Buloh: Rakyat Selangor dinasihatkan jangan menjual tanah yang mereka duduki sekarang yang bertaraf hak menduduki sementara (TOL) kerana kerajaan dalam usaha program meluluskan geran kekal kepada pemilik tanah.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan orang miskin yang tidak mampu membayar premium tanah akan diberi kemudahan membuat bayaran secara bertangguh.

"Mungkin selepas ini nanti ada orang datang jumpa kita (pemilik tanah) buat tawaran mahu beli tanah. Jadi saya ingatkan jangan jual. Orang yang beli tanah pun kita tidak akan bagi geran. Jadi kita minta jangan jual kalau tidak ada duit nak bayar, bagi tahu kita supaya kita boleh buat secara tertangguh," ujarnya ketika berucap di Majlis Sumbangan Mesra Usia Emas di sini, 23 Januari lalu.

Beliau menambah, kerajaan sekarang memang ikhlas berhasrat membantu rakyat mendapatkan milik tanah tanpa mengira kedudukan atau orang parti politik tertentu sahaja.

"Kita bagi semua orang Melayu dapat, Cina, India juga dapat. Kalau dahulu Umno bagi geran secaya sembunyi. Bagi kepda orang kaya sahaja, orang kuat politik tetapi kita bagi semua. Kita terbuka buat secara umum. Kalau orang politik, dia Umno pun dia dapat MCA, MIC ke semua dapat," tegasnya.

Beliau juga berkata buat pendahuluan program memberi geran kepada pemilik tanah TOL akan bertumpu di Kuala Selangor dan kemudian akan diikuti daerah lain secara berperingkat.

Menurut beliau dianggarkan lebih 6,000 keluarga di Kuala Selangor bakal menerima geran tanah secara berperingkat bermula akhir bulan ini hingga hujung tahun 2010 sekaligus menyaksikan hampir 90 peratus masalah pemilikan tanah di kawasan itu selesai.

Katanya, Kuala Selangor merupakan lokasi pertama bagi projek pemberian geran kepada penduduk yang telah lama mendiami sesuatu kawasan sebelum langkah sama diaplikasikan di seluruh Selangor.

“Untuk Ijok dan Kuala Selangor, terima kasih kepada Pegawai Daerah dan Yang DiPertua. Satu Program besar-besaran akan diadakan untuk memberi tanah kepada mereka yang telah lama duduk sehingga ada 20 30 tahun lalu,” ujarnya.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP