10 ribu tentera AS ke Haiti ni apa cerita Najib

>> Jumaat, Januari 22, 2010

TV1 Malaysia dibawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, melalui siaran dunia hari minggu cukup memuji Amerika Syarikat (AS) kerana membantu mangsa gempa di Haiti.

Namun apakah mereka sedar disebalik yang tersirat? Ini kerana negara lain menghantar pasukan penyelamat tetapi AS hantar tentera. Bukan sikit tetapi 10,000 daripada pelbagai division.

Jumlah ketenteraan itu tentu sahaja melebihi negara lain yang menghantar pasukan penyelamatan.

Rakyat Amerika sendiri pelik dan hairan serta tertanya kenapa begitu banyak tentera AS ke sana? Bagaimana dengan peranan dan pasukan penyelamatan dari negara lain?

Pasukan Angkatan Tentera Darat AS pertama telah menuju ke Haiti Khamis, minggu lalu, atas perintah Menteri Luar, Hillary Rodham Clinton. Ia menyebut keberangkatan itu sebagai usaha besar memberi bantuan kepada mangsa gempa.

Kumpulan pertama dianggarkan 100 tentera dari Division Airborne ke-82 segera mendirikan penempatan dan keperluan lain. Sementara beberapa jam selepas itu AS menghantar sekitar 800 lagi tentera.

Kemudian secara berturutan, mereka menghantar seramai 2,200 merin untuk membantu keperluan keselamatan, pencarian dan penyelamat serta pengiriman bantuan kemanusiaan.

Lebih dari setengah dozen kapal militia AS juga berlayar ke Haiti dengan yang terbesar, kapal induk USS Carl Vinson, tiba Khamis minggu lalu.

Pada hari minggu (17 Jan), pasukan Amerika sudah mencecah 10 ribu orang. Jumlah yang tentunya sangat banyak dan membuat orang mengerutkan dahi serta mempersoalkan hal itu.

Presiden Venezuela, Hugo Chavez, menyifatkan bahawa tentera AS sedang menceroboh Haiti atas nama kemanusiaan.

Lebih dari itu, sejarah kelam AS di Haiti memberikan tanda tanya yang lain. Walaupun tidak sama dengan kes Afghanistan dan Iraq yang dicap sarang teroris, namun rakyat Haiti, sebagai penduduk negara ketiga sudah terbiasa dicap mendapatkan perlakuan yang tidak akan pernah mereka lupakan seumur hidup mereka dengan sikap AS.

Mungkin dalam erti kata lain, pasukan AS di Haiti akan sama dengan mereka yang bertugas di Afghanistan, Iraq, Yaman, atau Somalia.

Rakyat Haiti yang tengah berkabung, layak untuk curiga dan berjaga-jaga. (sa/reuters/worldnews)

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP