Saya kesian juga dengan AdukaTaruna kerana dia tidak sebut pun nama sesiapa walaupun kalimah sultan sekalipun tetapi orang lain yang pandai-pandai buat ulasan, kenapa?
Namun saat gurau aduka pun tak kena dengan masa. Gurauan mengutuk aduka pun bukan baru. Presiden PAS pun sudah jadi mangsa maka tiba pula masa aduka dikutuk. Baru seri.
Kalau kita tengok anak kecil kita gurau, gelak dan gembira sakan, kita kena berhati-hati kerana selepas gembira biasanya bawa menangis.
Sebab itu orang tua, dia tahu dan matang daripada pengalaman kanak-kanak. Kalau terlebih sangat gurau maka ada masa datang musibah.
Ulama tempat kita menimba ilmu, nasihat menasihati dan mengkritik secara berhemah bukan tempat untuk mengutuk.
Blog aduka tengah hits tetapi yang jadi mangsa keburukan ialah PAS. Walaupun aduka kata: "Gua tidak terlibat sebesar zarah pun dengan PAS," namun kalimah PAS ada pada logo di blog beliau.
Kalau PAS nak cari duit boleh saman aduka kerana guna kalimah PAS tanpa kebenaran pada logo tetapi itu bukan kerja PAS. Bagaimanapun kalau PAS saman, aduka masih mampu bayar kerana Umno boleh bagi duit.
Saya tidak mendoakan aduka masuk Umno. Lagipun saya suka aduka kerana bila digilap dengan baik beliau boleh jadi penulis pejuang Islam yang tahu sasaran.
Oleh kerana itu aduka kena menghadapi masalah tersebut sebagai ujian bagi beliau. Jika sekiranya beliau tahan ujian maka beliau selamat. Orang lain lagi teruk disumbat dalam ISA tetapi bila keluar masih lagi jadi pejuang.
Kalau kanak-kanak bergembira keterlaluan diakhiri tangisan itu, membentuk dirinya kearah membesar maka aduka kena terima ujian beliau itu sebagai peningkatan kematangan, pengetahuan dan pengalaman dalam dunia penulisan.
Kalau kita tidak tempoh semua itu kita tidak tahu kerana ada ketika pengalaman mengajar kita apabila ilmu tidak mampu menyekat karenah dan mendidik diri kita sendiri.
Sehubungan itu, PAS perlu mengkaji dan mengadakan garis panduan supaya kalimah PAS, lambang atau logo rasmi PAS tidak diguna sewenang-wenang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atau penyokong dan ahli PAS sekalipun.
Penulis blog kena memahami peraturan dan hak orang lain. Kalau kita berslogankan kebebasan maka pastikan ia bebas dan tidak terdapat lambang yang menunjukkan blog kita seolah mewakili tim, parti atau jemaah tertentu.
Kita tengok blog penulis yang bertanggungjawab, tidak meletakkan lambang atau logo parti atau kumpulan tertentu yang tidak diwakili mereka kerana kita bukanlah dipertanggungjawab sebagai pihak rasmi mana-mana parti atau tim tertentu walaupun kita ahli sekalipun.
Saya pun hairan, apakah seminar blonggers pada hujung tahun lepas membincangkan perkara ini? Apakah tidak terfikir kebebasan yang diberikan oleh mengundang pencemaran dan nama baik pada PAS?
Berikut artikel aduka:
Gua tidak terlibat sebesar zarah pun dengan PAS.
Oleh : AdukaTaruna
Salam semua.
Pertama sekali gua memohon maaf kepada semua akibat apa yang terjadi hasil perbuatan gua.
Keduanya gua umumkan akan membantu siasatan pihak polis sepenuhnya.
Ketiganya, diumumkan untuk sekian kalinya, bahawa gua tidak terlibat dengan PAS walau sebesar zarah sekali pun. Dan terima kasih atas kecaman dari PAS Johor.
Keempatnya, gua menegaskan gua tidak mengaku bersalah menghina Sultan Johor. Tetapi mengaku bersalah menimbulkan kekeliruan masyarakat. Dan gua telah pun memohon maaf atas akuan kesalahan itu. Gua akan membantu siasatan pihak polis.
Pihak polis berhak mendakwa gua, dan gua berhak mendapatkan pembelaan. Insyaallah.
-
2 comments:
brader,
clearly itu mainan blog BPN.Logo tuh ciptaan gua n mmg gua benarkan sesape yg berminat pakai.Gua konfident text itu tak pernah mencemarkan nama PAS.Berdosa ke berdoa utk perubahan pas?
Logo pas pon boleh disalah guna oleh sesapa saja.
Sebut akta apa nak saman.jgn main ckp pandai saja.Kejar hit atas musibah org?
aduka cakap : Keempatnya, gua menegaskan gua tidak mengaku bersalah menghina Sultan Johor. Tetapi mengaku bersalah menimbulkan kekeliruan masyarakat. Dan gua telah pun memohon maaf atas akuan kesalahan itu. Gua akan membantu siasatan pihak polis.
aku cakap : tuhan maha kaya. tak ada angin masakan pokok bergoyang. kalau tak ada niat, tak ada n3 macam tu. sekian aduka. terimalah padah atas kebusukan hatimu.
Catat Ulasan