Kenapa memorandum marhean hendak disekat

>> Rabu, Januari 13, 2010

Bila rakyat marhean hendak ke Putrajaya bagi menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga gula dan menndas kehidupan mereka pihak polis pula mahu sekat.

Dilaporkan pihak polis memberi amaran akan mengambil tindakan kepada sesiapa yang menghadiri penghimpunan di Putrajaya untuk menghantar memorandum bantah kenaikan harga gula.

Bagaimanapun sumber Muslimat PAS Selangor memberitahu perhimpunan tersebut akan diteruskan.

Menurut mereka wartawan ada menghubungi Muslimat PAS Selangor bertanyakan sama ada perhimpunan tersebut akan diteruskan pada pukul 3 petang ini atau tidak?

Sumber itu memberitahu Muslimat PAS Selangor tetap meneruskan perhimpunan untuk menghantar memorandum bagi menyatakan hak rakyat miskin.

Kenapa pihak polis perlu sekat orang miskin berhimpun bagi menyuarakan hak mereka? Apakah kerajaan mahu klaskan orang miskin warganegara kelas dua dinafikan hak bersuara?

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP