Petaling Jaya: Dua kepala babi ditemui oleh jemaah solat Subuh dalam kawasan masjid berhampiran pondok pengawal keselamatan Masjid al-Imam at-Tarmizi, Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama, di sini, pagi tadi.
Imam satu masjid itu, berkata beliau diberitahu seorang jemaah solat Subuh tentang bungkusan kepala babi berhampiran pondok pengawal keselamatan masjid dan tempat laluan pintu utama.
Menurut beliau, sebelum itu seorang jemaah melihat dua bungkusan dengan surat khabar diletakkan di situ sebelum waktu solat Subuh.
Katanya orang yang terlihat awal bungkusan tersebut tidak mengambil peduli kemungkinan kerana hendak menunaikan solat tetapi selepas solat Subuh ada jemah mengadu tentang bungkusan itu.
"Jemaah tersebut pada mulanya menganggap bungkusan bayi yang dibuang. Beliau menggunakan kayu cuba menyelak bungkusan tersebut dan didapati ternampak muncung...rupa-rupanya kepala babi.
Bersama kepala babi ada taburan duit RM10 dan RM1 berjumlah lebih kurang RM30," ujarnya.
Pihak polis dan forensik telah membawa dua bungkusan kepala babi untuk disoal siasat. Siapakah orang yang tergamak meletakkan kepala babi itu?
Ulasan mengenai berita tersebut akan menyusul selepas ini. erita yang sama dalam versi berbeza boleh diikuti di sini http://rajaida.blogspot.com/
-
0 comments:
Catat Ulasan