Gaza: Dikepung oleh Israel seperti sekatan ekonomi yang sering dianjurkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terutama keatas Iran dan satu ketika dahulu dikenakan kepada Iraq, namun Hamas di Semenanjung Gaza masih mampu memerintah dengan baget sederhana, malah rakyatnya masih mampu menderma untuk Haiti yang dilanda gempa.
Penderitaan Palestin tidak menghalang warga Semenanjung Gaza untuk ikut menyatakan solidariti mereka dengan melancarkan program mengumpul dana untuk mangsa gempa di Haiti.
Ketua "Kominiti Rakyat Anti Blockade Gaza" Jamal al-Khudri, mengumumkan pelancaran kempen mengumpul “Dana Sukarela Gempa Haiti” di pejabat Palang Merah hari ini, Isnin (18 Jan).
Khudri berkata, rakyat Palestin menyedari betapa dahsyat tragedi yang menimpa orang Haiti, kerana rakyat Palestin selama berpuluh tahun telah mengalami berbagai bentuk kezaliman, bermula daripada serangan, blockade dan sekatan.
"Inisiatif ini sebagai ungkapan perasaan solidariti kemanusiaan daripada warga Gaza yang telah menderita akibat pembunuhan, kehancuran, dihalau daripada rumah mereka, tinggal di khemah perlarian, hilang orang tersayang dan penderitaan kecederaan," ujarnya.
Beliau menambah, namun orang Palestin tetap bangkit dan keluar bagi menyatakan dan menunjukkan serta mengekspresikan perasaan kemanusiaan terhadap mangsa Haiti.
"Ini adalah yang paling sederhana yang dapat diberikan Gaza dan Palestin kepada orang yang menderita dan hidup diliputi perih kelaparan, kecederaan dan kehancuran," katanya.
Inisiatif ini untuk menyedarkan dunia supaya menghentikan ketidakadilan terhadap rakyat Palestin dan menyokong orang Palestin mendapatkan kebebasan dan hak mereka.
Dunia yang menunjukkan prihatin dan simpati membantu mangsa di Haiti harus ingat bahawa orang Palestin juga sedang menghadapi tragedi dan bencana akibat kejahatan penjajah Zionis.
Dia meminta dunia menekan Zionis agar mengakhiri sekatan Gaza dan membuka semua pintu sempadan agar bantuan kemanusiaan dari Semenanjung Gaza boleh sampai kepada korban gempa di Haiti. (asw)
-
0 comments:
Catat Ulasan