Israel turut membuat sekatan di laut, tembak nelayan

>> Jumaat, Januari 29, 2010

Tindakan sekatan Israel keatas Semenanjung Gaza bukan sahaja berlaku di darat malah dilautan pun kapal tentera Israel berlegar menyerang nelayan Palestin.

Nelayan Palestin di Rafah tidak boleh keluar ke laut melebihi dua atau tiga kilometer, jika tidak mereka akan dikejar kapal tentera Israel malah kemungkinan ditembak.

Kapal perang Israel berkeliran di laut Rafah, selatan Semenanjung Gaza dan menembak mana-mana bot nelayan Palestin yang keluar jauh ke laut.

Sebagaimana dilaporkan oleh sumber polis merin kepada Infopalestin, berkata malah kapal perang Israel akan menambak bot nelayan Palestin di pantai Rafah sehingga menyebabkan berlaku kerosakkan.

Akibat serangan ini bot nelayan Palestin mengalami kerosakan manakala nelayan yang tiada senjata lari bertempiaran meninggalkan kawasan laut untuk menyelamatkan diri.

Kejadian seperti ini menjadi rutin nelayan Palestin di Semenanjung Gaza setiap hari. Mereka harus berjuang dua kali ganda untuk memperoleh tangkapan ikan bagi menyara keluarga disamping ancaman nyawa yang boleh melayang.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP