Bagus dailog NGO Islam kerana mereka pun tidak faham

>> Jumaat, Januari 29, 2010

Amat baik kita adakan dailog dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam kerana ada beberapa perkara mereka pun tidak faham sehingga membawa banyak kecelaruan.

Ia juga mengelak pandangan serong NGO Islam dan masyarakat Melayu terhadap PAS dalam menangani isu kalimah Allah.

Menurut kajian sokongan orang Melayu terhadap PAS merundum berikutan isu nama Allah. Oleh yang demikian PAS perlu mengambil langkah segera memperbaiki hubungan dengan NGO Islam dan orang Melayu jika mahu memulihkan kembali keadaan.

Mengenai orang bukan Islam PAS dapat menangani dengan baik dalam isu tersebut dan tidak menjadi masalah dalam sokongan mereka kepada PAS.

Dalam pertemuan tersebut mungkin dapat menjelaskan pemahaman isu itu sehingga boleh membawa kepada pelbagai pendapat. Dengan ini juga mereka boleh memahami pendirian PAS.

Berkut berita berkaitan:

Kalimah Allah: Presiden PAS anjur dialog dengan NGO Islam
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan mengadakan satu dialog dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut aga Kristian di negara ini.

Majlis tersebut akan diadakan pada hari Ahad ini 31 Januari bertempat di Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut di ibu negara dan akan bermula jam 9 malam.

Setiausaha politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memberitahu penganjuran tersebut bagi melihat peranan yang boleh dimainkan oleh NGO Islam dalam menangani permasalah ini.

Isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian di Malaysia katanya telah menjadi satu topik hangat yang mengundang pelbagai reaksi masyarakat Islam dalam negara kita.

"Selain dari wacana ilmiah yang dianjurkan oleh pelbagai pihak dalam merungkai persoalan ini, beberapa rentetan peristiwa yang menggusarkan keharmonian masyarakat juga telah berlaku," katanya.

Dalam masa yang sama, PAS beranggapan bahawa kewujudan pelbagai NGO Islam dalam negara ini adalah merupakan suatu petanda yang sangat positif, terutamanya dalam usaha untuk memainkan peranan bagi meninggikan syiar Islam yang sememangnya menjadi tanggungjawab semua pihak.

Sehubungan itu, kepada pihak yang ingin menyertai dialog tersebut diminta menghubungi pejabat PAS di talian 03- 2692 5000 ( Pn Aniza Wahid )

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP