Terdapat sahabat blog menyebut apa yang tertimpa kepada AdukaTaruna mungkin ia kifarah tetapi saya tidak mahu menghukum namun kebenaran sahabat blogger kita ada juga sandaran.
Lagipun kalau kifarah atas dunia lebih baik kerana ia menunjukkan Allah SWT sangat sayang kepada kita dan menghapuskan dosa kita semoga kita tetap menjadi ahli syurga.
Selama ini kita terlalu seronok mengfitnah dan mengutuk orang dengan bahasa kasar langsung tiada hati perut memahami perasaan orang lain. Jadi sekarang tiba pulak masa kita difitnah. Wah! Kita telah menjadi manusia paling amat melenting. Kita jadi gelabah bila difitnah. Siap mahu guna peguam sebagai benteng. Ugut pula nak saman.
Kita tengok Tok Guru Abdul Hadi Awang kena kutuk, dia tetap cool je. Kalau dia nak main loyar rasanya dia pun boleh buat tetapi apa faedah kita jadikan mahkamah tempat penyelesaian. Sebab itu Tok Guru Abdul Hadi tidak bertindak demikian malah kalau orang mengutuk dalam blog itu bertemu Tok Guru Abdul Hadi dan bertanya betulkah apa yang ditulis? Tok Guru Abdul Hadi sedia memberi penjelasan.
Tiada guna kita jadikan medan blog menyerang pihak lain sedangkan kita tidak beri ruang kepada orang yang kita serang untuk mempertahankan hak dia dan apa yang kita tuduh.
Sekarang geng dia pulak menuduh kita mengambil kesempatan diatas musibah kawan dia. Saya katakan di sini saya tidak ambil kesempatan tetapi mahu bersuara dan luah setelah lama terpendam akibat penulisan berbentuk kecaman kepada sahabat Nabi saw dan Presiden PAS.
Biasanya orang mengutuk Muawiyah dan Aisyah ialah Syiah tetapi saya tidak mahu bahas soal itu kerana ia mungkin hanya pemahaman sempit saya tentang Syiah. Lagipun saya tidak mahu menuduh sahabat kita AT itu Syiah.
Bagaimanapun kita mendoakan semoga AT tabah kerana tulisan dia pun tidak kurang juga membantu PAS dan selepas ini kita mengharapkan kemanisan dalam berblog tanpa bahasa yang meremang bulu roma.
Namun kita tidak boleh juga nak halang kerana pada kebiasaan penulisan golongan muda memang berbentuk demikian. Baru ada kit, ada sengat. Kalau takat bahasa lekeh tak ada orang nak baca maka mesti pure punya hentam baru seronok.
Saya sudah peringkat orang tua jadi guna bahasa pun orang lama. Tak reti nak berbahasa gua... lu.
-
0 comments:
Catat Ulasan