Al-Aqsa mungkin runtuh, Najib diminta desak dunia

>> Isnin, Januari 25, 2010

Masyarakat antarabangsa termasuk Malaysia melalui Perdana Menterinya, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mendesak Yahudi menghentikan pembinaan terowong dibawah masjid al-Aqsa kerana mendapan dan keruntuhan tanah sudah berlaku disekitar masjid itu.

Sehubungan itu gerakan Islam seluruh dunia perlu menemui ketua pemerintah masing-masing supaya kementerian luar boleh membuat sesuatu memberi tekanan kepada Amerika dan Israel supaya menghentikan penggalian terowong tersebut.

Ketua Hakim Palestin, Syaikh Taysir Tamimi berkata kemungkinan keruntuhan masjid Al-Aqsa akan berlaku kerana penggalian yang dilakukan oleh zionis Yahudi di bawah lantai masjid dan sekitarnya.

Sementara itu, Ketua Biro Politik, Gerakan Perjuangan Islam (Hamas) Palestin Khalid Mishal turut mengingatkan dunia Islam terutamanya negara Arab bahawa Masjid al-Aqsa di Yerusalem (Alquds) boleh runtuh akibat aktiviti penggalian yang terus menerus dilakukan pihak Israel.

Khalid berkata, Masjid al-Aqsa dan bilangan Alquds ketika ini berada dalam keadaan bahaya dan darurat disamping proses "pembersihan" tempat bersejarah Islam di sekitar wilayah kota suci itu.

"Saya sangat takut jika Masjid al-Aqsa akan runtuh secara tiba-tiba," kata Khalid dalam program memperingati setahun mengenang perang terhadap Gaza di Damaskus, Syria, Jumaat (22 Jan) sebagaimana dilapor al-Jazeera.

Beliau menegaskan bahawa krisis Masjid al-Aqsa dan masalah Palestin adalah krisis dan masalah bersama dunia Arab dan Islam.

Sebagaimana kebimbangan Khalid, Syaikh Tamimi juga berkata: "Saya takut, kekhuwatiran saya ini adalah yang terakhir sebelum runtuhnya masjid al-Aqsa dan saya berharap umat Islam dunia harus segera bangun dari tidur untuk membela al-Aqsa."

Dalam sidang akhbar pada Rabu (20 Jan) di Ramallah, Syaikh Tamimi juga menunjukkan foto kepada wartawan yang memperlihatkan tanah runtuh serta mendap terjadi sekitar masjid al-Aqsa akibat penggalian yang dilakukan zionis Yahudi di tempat itu.

Menurut beliau, baru-baru ini telah berlaku keruntuhan sebahagian kompleks masjid di wilayah Silwan yang berlaku pada Isnin (18 Jan) lalu kerana terdapat lubang yang dalam di bawah tanah.

Beliau menekankan bahawa persoalan ini sangat serius, dan telah berulang-kali memberi peringatan kesan daripada terowong zionis Israel di bawah masjid al-Aqsa dan menegaskan penggalian tersebut akan menyebabkan keruntuhan masjid al-Aqsa, seperti dilaporkan AFP.

Kegelongsoran tanah yang berlaku baru-baru ini di kawasan Silwan merupakan indikasi dan fakta bahawa runtuhnya masjid al-Aqsa boleh segera terjadi.

"Kami telah berteriak seperti di lembah namun orang tidak memperdulikannya, kalau hal ini terus terjadi masjid al-Aqsha akan segera hancur," kata Syaikh Tamimi.

Indikasi adanya konspirasi

Ketua Hakim Palestin tersebut menekankan: "diam"nya autoriti Palestin adalah indikasi akan adanya konspirasi terhadap masalah ini, namun kami tidak mahu menuduh sesiapa tetapi sikap berdiam pihak keselamatan sama ada Palestin mahupun Israel dan tidak adanya tindakan yang dilakukan terhadap Israel, menjadi tanda tanya bagi kita semua, mengapa Israel boleh bebas melakukan tindakan seperti itu."

Pada 6 Februari 2007, Israel mula melakukan kerja penggalian terowong dekat pintu Magharabi menuju ke halaman masjid al-Aqsa dan kubah batu.

Sehubungan itu, Khalid juga menyentuh betapa pentingnya komitmen dan persatuan negara Arab untuk bersama membuka blockade Gaza yang dilakukan Israel sejak 2006 lagi serta membangun kembali Gaza yang hancur akibat serangan Israel setahun lalu.

1 comments:

Li,  26 Januari 2010 pada 7:31 PTG  

Itu bukan gambar masjid al-aqsa.
Jangan sampai yang ini kekal, yang betul-betul masjid al-aqsa runtuh orang tak sedar.

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP