1Malaysia lebong tetap guna ISA

>> Rabu, Januari 13, 2010

Mula-mula naik jadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu buat perubahan untuk tarik sokongan rakyat. Salah satu perkara yang dikecam rakyat dan mahu diubahnya ialah melepas tahanan Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA).

Memang ternyata betul perubahan itu dibuat apabila melepaskan tahan ISA daripada Hindraf tetapi rakyat tetap anggap politik Umno kerana tahanan ISA itu dilepas menjelang pengundian di pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang tahun lalu. Sebab itu Umno tetap kalah dalam pilihan raya tersebut.

Desakan rakyat dan pakatan rakyat memberi tekanan yang kuat kepada Umno supaya dimansuhkan ISA tetapi Umno tetap berdalih mahu mengkaji ISA bukan memansuhkannya.

Bagaimanapun kita lihat dalam masa kata nak kaji ISA pun mereka masih sewenang-wenangnya mahu menggunakan ISA.

Ugut rakyat dengan ISA. Sejarah penangkapan ISA dalam operasi lalang mengimbau kembali menjadikan orang politik dan rakyat kebimbangan.

Inilah negara Malaysia dimana kebebasan bersuara. Kes terbaru ugut ISA terhadap mereka yang membuat panggilan bom palsu.

Pembuat panggilan bom palsu akan dikenakan ISA: Polis

GEORGETOWN: Polis memberi amaran akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas individu yang didapati membuat panggilan ancaman bom palsu kerana ia menyebabkan kecemasan awam.

Selain tindakan mengikut Seksyen 28 ISA kerana laporan palsu dan penyebaran khabar angin, pihak terbabit juga akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 506 dan 507 Kanun Keseksaan kerana mengugut.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, mengeluarkan amaran keras itu setelah lapan panggilan bom palsu diterima yang membabitkan 12 cawangan institusi kewangan sejak awal tahun ini di Pulau Pinang.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP