1Malaysia mungkir janji dengan petani

>> Selasa, Januari 12, 2010

Kerja mungkir janji dalam Umno bukan baru sebelum 1Malaysia lagi malah Umno boleh buat ulang-ulang janji terutama bila pilihan raya kecil atau umum selepas itu dia tidak tunai pun.

Contoh mangsa janji tipu Unmo ialah penduduk Kampung Chubadak, Sentul, Kuala Lumpur. Kalau Umno tidak mungkir janji nak bagi geran kepada penduduk sudah lama mereka di situ jadi jutawan tetapi sekarang mereka dihalau kerana bertaraf setinggan.

Dalam kes di Rompin pun boleh jadi lebih kurang sama pasal petani kata tiap tahun janji nak bagi geran tetapi sampai sekarang tidak tunai janji.

Umno ni kalau tidak tunai janji bukan Umno namanya tetapi masalahnya orang Melayu ni tiap kali menjelang pilihan raya itu juga yang dia pangkah walaupun dia sedar Umno itu bapak mungkir janji.

Berita berikut bertajuk Pesawah Tuntut Geran Tanah Sawah

ROMPIN, 12 Jan (Bernama) -- Hampir 1,000 pesawah di empat kampung di Rompin Selasa menuntut kerajaan negeri Pahang agar menunaikan janji berhubung pemberian hak milik tanah sawah yang diusahakan mereka sejak 30 tahun lepas.

Menurut jurucakap kumpulan pesawah berkenaan, Md Salleh Md Din, seramai 890 pesawah dari Kampung Setajam, Kampung Kurnia, Kampung Lantang dan Kampung Pianggu merupakan generasi pertama yang meneroka kawasan itu pada 1977 sebelum mereka memajukannya sebagai kawasan tanaman padi.

"Kerajaan negeri berjanji akan menyerahkan geran tanah kepada kami pada April tahun lepas, tetapi sehingga kini, janji itu masih belum ditunaikan," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau yang menyertai piket secara aman bagi menuntut pemberian geran itu bersama-sama penduduk kampung terbabit berkata, semua peneroka terbabit berasal dari Kedah yang sanggup berhijrah dan meneroka kawasan tersebut semata-mata menyahut seruan kerajaan ketika itu yang mahu menggalakkan penanaman padi di Pahang.

Katanya, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan merasmikan pembukaan tanah itu pada 1978, dan pesawah terbabit kemudiannya berjaya memajukan tanaman padi di kawasan tersebut sehingga mendapat jolokkan "Jelapang Padi" di Pahang.

"Bagaimanapun, sehingga kini setelah menanti lebih 30 tahun, pesawah masih belum diberikan geran milik tanah walaupun kerajaan negeri sebenarnya pernah berjanji hampir setiap tahun untuk berbuat demikian," katanya.

Beliau berkata semua pesawah terbabit akan menyerahkan satu memorandum berhubung permohonan mereka kepada Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dalam tempoh terdekat ini.

Pesawah terbabit masing-masing mengusahakan tanah seluas antara 2 hingga 3 hektar setiap seorang.

Seorang pesawah Mohd Zuki Ishak, 54, berkata mereka amat berharap agar kerajaan segera memberikan hak milik tanah itu memandangkan mereka telah mengusahakan kawasan itu sejak 30 tahun lepas.

"Tanah ini sajalah yang dapat kami wariskan pada anak-anak kami," katanya.

Seorang ibu tunggal, Rosnila Ismail, 44, berkata, dia sangat mengharapkan kerajaan negeri memberikan geran hak milik ke atas tanah seluas 2.4 hektar yang diwarisinya daripada suaminya sebagai jaminan masa depan diri dan lima anaknya.

"Tanah ini sahajalah harta yang kami ada untuk dijadikan pusaka dan harta pencarian bagi menjamin kehidupan akan datang," katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP