Eh!... Salah sasaran atau PAS sudah samseng

>> Isnin, Januari 11, 2010

Orang dok sibuk cerita bakar gereja tiba-tiba kamu baling kapak kat rumah Azidi. Apahal ni? Apakah sudah ada gengsterisme dalam PAS atau pengebom berani mati.

Itu fikir pendek. Namun kalu difikir panjang kena kaji banyak aspek. Jadi kita harap pihak polis menyiasat dalam banyak kemungkinan dan kebarangkalian.

Sebab dalam musim bom atau bakar gereja kemungkinan ada pihak yang ambil kesempatan untuk panaskan isu di Kelantan.

Ia boleh lahir bermacam ragam sama ada ia benar-benar musuh Azidi dalam isu dia dengan menantu Tok Guru atau pihak musuh politik PAS cuba menambah resipi melagakan kedua pihak tersebut supaya makin panas kerana isu kedua terbabit makin kurang menyengat berikutan timbul isu kalimah Allah.

Sekarang musim fitnah. Blog berleluasa. Boleh tulis apa saja.

Malaysiakini melaporkan:

Penulis blog diancam kapak terbang

Seorang penulis blog diancam dengan kapak terbang, dipercayai susulan tulisannya yang sering mendedahkan perkara negatif berkaitan pentadbiran kerajaan negeri.

Penulis Kickdafella Syed Azidi Syed Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini, kejadian itu berlaku hampir jam 11.00 malam tadi di rumahnya di Demit, Kota Bharu.

"Ketika sedang membancuh air di dapur, saya dengar bunyi yang kuat daripada luar rumah. Saya lihat melalui tingkap, ada sebuah kereta di hadapan rumah saya.

"Saya pun keluar untuk melihat apa yang berlaku tetapi kereta itu terus bergerak. Lepas itu saya nampak cermin kereta saya pecah dibaling dengan kapak," katanya.

Harakahdaily melaporkan:

PAS kecam tindakan ancam blogger
M Faqih

KOTA BHARU, 11 Jan: PAS memandang serius tindakan pihak yang cuba mengancam penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz dengan melemparkan kapak di rumahnya malam tadi.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, tindakan mahu menjadi hakim sendiri dengan menjatuhkan hukuman terhadap orang lain bertentangan dengan prinsip Islam.

Katanya, biar pun tulisan blogger terbabit tidak disukai, namun melakukan tindakan kekerasan terhadapnya amat menyalahi agama dan amalan demokrasi.

“Kalau kita tidak bersetuju dengan tindakan seseorang ada saluran dibenarkan undang-undang boleh dilakukan. Bawalah ke mahkamah untuk diadili.

“Saya juga percaya insiden seperti itu tidak dilakukan ahli atau penyokong PAS kerana mereka mempunyai kefahaman tentang agama,” katanya di sini.

Kickdafella dalam blognya mendedahkan rumahnya di Kampung Demit dekat Kubang Kerian dilemparkan kapak kira-kira 11 malam tadi sehingga menyebabkan keretanya rosak.

Menurutnya kapak berukuran hampir 30 sentimeter itu terkena cermin belakang kereta dan terpelanting lebih dua meter.

Blogger terbabit sebelum ini mencetus kontroversi apabila mendedahkan dakwaan salah laku membabitkan pegawai kanan di Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Mohd Zaki yang juga Adun Kelaboran berkata, tindakan melemparkan kapak sehingga merosakkan harta benda orang tidak sepatutnya berlaku dalam ketamadunan sekarang.

“Kita hendaklah bertindak lebih rasional dan bukannya menggunakan emosi sehingga boleh mengaibkan kita sendiri akhirnya,” kata beliau.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP