Rais geng Najib, perbodohkan rakyat Kelantan

>> Sabtu, Januari 30, 2010

Kata Rais anak Yatim "Bagi sesetengah orang yang lupa asal-usul, mereka terus memberi ceramah dan membangkitkan isu yang bukan-bukan." Apa maksud Rais ni. Masya Allah, kalau niat dia tuju kepada Ku Li kawan dia semasa Semangat 46.

Tambah lagi Rais anak Yatim, sumber alam yang ditemui melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai adalah hak antarabangsa negara.

Kita tanya dia balik kalau disitu tidak ada Kelantan apakah laut itu hak kawasan antarabangsa negara?

Bagaimana kalau Kelantan keluar daripada Kerajaan Persekutuan, apakah kawasan minyak itu masih kawasan antarabangsa negara Malaysia?

Kah! Keh! Koh!... Rais! Jangan perbodohkan rakyat Kelantan.

Adanya Malaysia kerana adanya Kelantan maka laut antarabangsa negara itu masih dalam jajahan Kelantan.

Kalau betul dakwaan Rais maka Kelantan pun tidak layak dapat royalti atau wang ihsan yang ditukar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Satu perkara lagi minyak yang ditemui di Kelantan lebih kurang 150 kilometer daripada pantai Kelantan sedangkan Terengganu ada lebih 200 kilometer tetapi dapat royalti sebelum PAS perintah Terengganu pada 1999.

Berita berkaitan oleh utusan:

‘Selesai di mahkamah’

Oleh THOMAS CHONG

SEPANG 29 Jan. – Isu tuntutan royalti petroleum oleh kerajaan Kelantan perlu diselesaikan menerusi saluran undang-undang di mahkamah dan bukannya melalui ceramah di stadium.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengingatkan pihak berkenaan supaya tidak mempolitikkan isu tersebut.

‘‘Bagi sesetengah orang yang lupa asal-usul, mereka terus memberi ceramah dan membangkitkan isu yang bukan-bukan.

‘‘Ia mudah untuk menjadi wira dengan menyampaikan sesuatu tetapi ia mesti berasaskan undang-undang serta fakta nyata dari segi pemilikan hak antarabangsa dan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan butik terbaru Karyaneka di bangunan satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Perbadanan Kraftangan Malaysia, Datuk Zakiah Ahmad dan Ketua Pengarah Perbadanan Kraftangan Malaysia, Mohd. Kamil Mohd. Ali.

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) dilaporkan telah mengadakan ceramah tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan di sebuah stadium di Kota Bharu semalam.

Ceramah tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang dilaporkan menyokong kerajaan Kelantan untuk menerima royalti berbanding wang ihsan.

Rais berkata, sumber alam yang ditemui melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai adalah hak antarabangsa negara.

‘‘Selain itu apa-apa yang dituntut juga mesti berasaskan kepada penemuan minyak.

‘‘Jika minyak tidak ada, maka tidak ada apa yang boleh diberi,” katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP