Jangan jadi macam Mahathir baru Najib nak tolong rakyat Palestin

>> Selasa, Januari 26, 2010

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak akhir ini cergas dalam sumbangan kemanusiaannya kepada rakyat Palestin yang disekat dan dikepung Israel. Beliau juga akan menjadi ketua misi Viva Palestina yang terakhir setelah kejayaan viva pertama. Difahamkan terdapat lima kumpulan konvoi yang telah diatur atas nama kemanusian.

Bagaimanapun apa yang kurang difahami kenapa aktiviti itu tidak diuruskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang boleh dipertanggungjawabkan kepada kementerian luar sebagaimana yang dilakukan oleh pemimpin Turki.

Jadi kita harap Najib jangan sampai bersara seperti Mahathir baru mahu mengambil tanggungjawab terhadap rakyat Palestin yang tertindas. Oleh sebab itu kita mahu kerajaan Malaysia sendiri mengambil tanggungjawab kemanusiaan dan bukan semata menyerah kepda pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sebagaimana siaran eksklusif TV3 tentang penderitaan rakyat Palestin terutama isu gangguan elektrik memang ia amat teruk apa lagi bahan bakar iaitu diesel disekat oleh Israel untuk dibawa masuk ke Semenanjung Gaza.

Berikutan itu bekalan elektrik terpaksa dicatu dan sering putus. Penduduk Gaza juga sering terputus bekalan makanan dan ubatan iaitu perkara asas bagi meneruskan kehidupan. Hospital pula sering terputus bekalan elektrik yang boleh mengancam nyawa pesakit. Anda boleh bayangkan bagaimana kalau elektrik terputus ketika para doktor melakukan pembedahan? Apa nasib pesakit tersebut? Mungkin genaretor boleh selamatkan keadaan tetapi bagaimana kalau genaretor tersebut juga terputus bekalan minyak.

Di Gaza, pihak yang bertanggungjawab dalam pemerintah Hamas bagi pembebasan sekatan Israel memberitahu bencana kemanusiaan paling buruk tercetus di sini kerana krisis elektrik sementara Israel tidak mengizinkan pihak yang membawa bekalan bahan bakar kepada syarikat eletrik utama di Semenanung Gaza supaya ia boleh beroperasi.

Pihak bertanggungjawab tersebut berkata krisis eletrik dalam beberapa hari ini sangat serius, terjadi terputus bekalan elektrik dalam waktu yang lama di seluruh wilayah Semenanjung Gaza.

Menurut Syarikat Distributor Elektrik, bekalan elektrik boleh terputus di Semenanjung Gaza sehingga mencapai 50% dalam keadaan tertentu. Keadaan itu boleh bertambah buruk malah memakan masa beberapa hari sehingga mencapai 70%. Perkara ini mengancam dan boleh terjadi bencana serius yang akan melanda penduduk Gaza dan sektor yang bergantung kepada elektrik terutama sektor kesihatan, bekalan air dan penggunaan peralatan perusahaan.

Hamas mengharap masyarakat antarabangsa agar menekan pihak autoriti penjajah Zionis semuga membenarkan minyak dapat masuk ke Gaza dalam kuantiti yang banyak bagi menggerakan elektrik.

Tindakan menyekat hak asasi itu bagi rakyat Palestin mendapatkan bekalan elektrik itu semacam menjadi senjata kepada Zionis untuk membunuh secara senyap rakyat Palestin yang telah dikepung dan disekat sejak tiga tahu lalu.

Jawatankuasa bertanggungjawab juga melahirkan kehairanan dengan sikap masyarakat internasional yang hanya menjadi penonton kepada kejatahan penjajah terhadap penduduk di Gaza, walaupun sudah banyak seruan disampaikan oleh NGO atau organisasi antarabangsa, termasuk pertubuhan dan pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah mendesak Israel menghentikan sekatan tetapi tidak berhasil.

0 comments:

Catat Ulasan

Blog Archive

Jaringan

  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP